Kerana ALLah

Tuesday, December 30, 2008

Menentang Kejahatan Pengganas Israel

gambar dari media PAS

Gambar dari Media Massa

Israel, sebuah negara pengganas, sejak dari 1948 , negara ini diasaskan dengan cara jahat dan ganas. Membunuh, merogol, memusnah, bahkan apa juga perkara jahat yang terlintas, semuanya telah bangsa yahudi lakukan untuk membina negara haram pengganas bernama Israel.
Hari ini media dan kerajaan Malaysia, biarpun nampak menentang, namun sekadarnya sahaja. Paling selekeh pun, sewajarnya sidang tergempar parlimen diadakan untuk mengusul dan mengecam kehina-hinanya perbuatan Israel itu.
Sebagai simbolik, perlu dihantar sepasang kasut buruk pekerja ladang buat kerajaan Israel dan Amerika Syarikat yang jelas memang melakukan kejahatan itu dengan niat yang jahat. Tidak ada isu siapa mulakan kerana kehadiran Negara Haram Israel itulah punca segala-galanya.
Sebaiknya, sekalian bangsa yahudi Laknatullah itu dihantar beramai-ramai ke lembah arizona di Amerika Syarikat kerana di situlah satu-satunya tempat lapang yang sesuai di negara yang sesuai dengan mereka. Tidak ada bangsa lain di dunia yang sudi menerima kehadiran mereka, melainkan barbarian di Amerika Syarikat.
Lanjutan demonstrasi aman itu, setiap muslim/keluarga muslim sewajarnya menghulur sumbangan kewangan, boleh juga Mat Sabu dihantar sebagai ketua misi bantuan kerana mereka biasa ke Lubnan dan Syria. Tak perlu ramai-ramai, cukup sekadar bawa wang dan beli ubatan melalui Lubnan atau Syria. Kalau berkemampuan, tajalah kos perubatan di mana-mana kem pelarian.


Thursday, December 25, 2008

PAS MESTI BERANI

INI adalah masa dan ruang PAS untuk menyerang balas. BUkan Bertahan.

Menyerang balas bermaksud menerangkan secara jelas hudud kepada seluruh rakyat. Umpan yang dilambung umno perlu disambut sebagai peluang.

HARI ini semua bertanya / persoalkan hal hudud. sama seperti semua orang pertikaikan isu urusniaga tanpa riba suatu ketika dahulu.

TERANGKAN, KULIAHKAN, CERAMAHKAN, AJARKAN, aspek hudud ini sejelas-jelasnya. BUKAN senang nak dapat peluang terbuka mcm ni. MCA dah hantar memorandum, DAP dah bantah...maka jawab semua sekali gus.

YAKINLAH..ISLAM ITU MILIK ALLAH, maka ALLAH akan beri kekuatan dan kemudahan bagi yang berjuang atas jalannya.

USAH hiraukan munafik yang berkeliaran, sebab sejak zaman nabi dah memang wujud mereka yang bermuka-muka. BAHKAN ada yang dilihat alim, zuhud dan warak sekalipun sebenarnya munafik, sebagaimana yang diceritakan oleh Nabi.

PAS PERLU KONSISTEN, tegas dan berani mempertahankan hudud.

Tuesday, December 16, 2008

camry dan mercedes


kemelut umum ciptaan media umno-bn. isu yang tiada isu.
namun kalau melibatkan penjimatan perbelanjaan kerajaan negeri, elok juga.

kalau nak pakai toyota pun, ada juga skim toyota drive ..maksudnya pakai aja
dan bayar pajakan secara bulanan.

sebab KM Melaka sebut dia buat pajakan pada spanco, elok juga kaji pajakan
pada toyota vs spanco. mana yang lebih jimat.

rasanya bukan isu mercedes, camry atau perdana. masalah utama adalah
tempat dan syarikat yang urus maintenance kereta berkaitan. dah jadi budaya
syarikat umno-bn, hal RM10, caj RM50.. itu yang perlu dikaji rasanya.

kalau ikutkan, naik proton wira pun best.. inikan pula perdana..kalau camry atau
mercedes tu entah la .. tapi kalau betul nak yang lasak dan multi purpose, elok
beli aja xtrail atau everest. yang ni tak sapa boleh komen, sebab banyak agensi
kerajaan yang pakai nissan xtrail dan ford everest ..


guna kenderaan besar dan lasak penting sebab bukan semua tempat boleh masuk dengan mercedes. lagipun MB perlu dekati rakyat bukan sahaja di bandar, bahkan pedalaman. bagi rosli salem, pilihan terbaik adalah xtrail atau everest.

Antara Telus dan Jerlus

Walaupun buat masa ni kecoh hal tanah runtuh dan tanah jerlus, biarlah mereka yang arif bicarakan. rosli salem nak fokus hal kepimpinan dalam PAS. baru-baru ni macam ada kocakan sikit hal pentadbiran di negeri tertentu dan melibatkan individu dikenali umum.

dari sembang hati ke hati, isu sebenarnya sikap telus tak kena tempat. ada pimpinan , kononnya terlalu telus, dok hurai dan cerita hal-hal penting di perjumpaan umum, kalau dokumen, dipanggil dokumen terperingkat atau classified..

sebelum lebih parah, maka disusun semula agar hal-hal terperingkat sedemikian boleh dikawal. ibarat dalam keluarga, bukan semua hal boleh dibincangkan secara terbuka dengan ahli keluarga. hal melibatkan rahsia suami isteri perlu dijaga sebaik-baiknya, buat selama-lamanya.

namun kalau dah nampak sangat pasangan tak reti jaga hal sulit pasangan, kenalah diajar sikit. bukan kata pasangan tak setia, tapi jenis yang tak reti , tak pandai atau kurang cerdik, kenalah diajar...

Thursday, December 4, 2008

Dilema PAS


secara dalaman, PAS menghadapi dilema dalam pentadbiran di negeri-negeri
pakatan rakyat, samada diperintah PAS, atau parti lain.

di Selangor, PAS dalam dilema sebab agenda PAS terganggu dengan sikap
MB @ CEO Selangor yang masih tak berapa kuat iltizamnya untuk Islam.

di Perak,khabarnya agak baik berhubung soal pentadbiran Islam sebab DAP
masih tak berani sentuh/sebut, mungkin takut pada mufti dan Sultan. Sebaliknya
hanya berkisar soal-soal pentadbiran am sahaja.

namun agak clear di kedah sebab PAS ada kuasa majoriti, cuma berkocak juga sebab
pentadbiran PAS masih beri projek pada ahli umno, atas alasan untuk menjinakkan
ahli umno pada PAS dan dakwah bil hal. Hasilnya ramai pula di kalangan ahli PAS
yang tak puas hati.

kelantan dan penang ada unsur lebih ekstrem dan tak perlu banyak huraian. Kelantan
lebih kepada melayu Islam, manakala Penang lebih kepada Cina. Ini berkait soal
majoriti penduduk dan tidak banyak perlu dihuraikan.

kesimpulannya, nak harap UMNO, dulu kini dan selamanya tak boleh harap.
PKR pun sama aja,jiwa sama aja dengan umno-bn.. dap memang tak boleh harap sebab
dap dari awal memang tak pernah bercadang memerintah, tetapi lebih fokus menjadi
pembangkang dan mencapai cita-cita politik sama rata.

setakat ni tak tahu apa solusi pas... kalau tak buat kerja untuk kerajaan negeri,
nanti nama kerajaan, pakataan rakyat, seterusnya nama PAS sendiri akan terjejas.
kalau buat kerja, tapi matlamat PAS juga masih jauh untuk dicapai.

APA PUN, BAGI AHLI yang ditarbiyah, akan dapat faham ini adalah mehnah dan liku
yang perlu dilalui. Perjuangan bukan sesuatu yang mudah. kalau mudah, itu namanya
bercuti, bukan berjuang...

Friday, November 21, 2008

media kita masih bengap

nampaknya media massa kita masih degil dan tidak faham pengajaran pilihanraya yang lalu. saban hari berita yang dimanipulasi(lebih sesuai fitnah) disiarkan untuk memburuk-burukkan pemerintahan kerajaan negeri yang dipimpin pakatan rakyat. sebenarnya berita bersifat hentam/ tuduhan ini akan menggalakkan rakyat mencari info/sumber untuk memastikan kesahihannya.

Jika terbukti sahih, maka kredit buat media..tetapi yang sering berlaku adalah berita yang diputarbelitkan.. umpama MB kedah dikatakan naik flight ke Brunei dulu, hanya kerana dia turut dipayungkan di airport, walhal beliau hanya mengiringi rombongan diraja hingga ke airport ..

sikap melihat dan membuat tafsiran manipulasi ini benar-benar mencerminkan niat buruk, sedangkan setiap perkara melibatkan hal ehwal kerajaan perlulah diminta kenyataan rasmi kerajaan, bukan andaian dan tafsiran editor semata-mata .. berita sepatutnya bersifat fakta, bukan ulasan dan tafsiran editor tanpa pengesahan sumber.

Saturday, November 15, 2008

kuota dan auta

sehari dua ni masih panas isu kuota rumah 50% melayu di kedah. rosli salem ucap tahniah kepada MB, Ust Azizan kerana bertindak dengan rasional dan dengan justifikasi yang jelas.

ibarat seorang bapa yang punya rm10, dan ada 3 anak, seorang di IPT, seorang disekolah menengah dan seorang di sekolah rendah. Adakah cerdik jika sibapa bahagikan rm10 itu sama rata kepada anak-anaknya? Jadi si bapa perlu menilai tahap kemampuan dan keperluan setiap anak-anaknya. Mungkin agihannya RM5, Rm3 dan RM2, atau yang lebih sesuai.

Maka demikianlah juga halnya di kedah. Hanya mereka yang sengaja mencari isu dan publisiti murah akan menjadikan perkara ini sebagai sensasi. dan cukup bodoh dan tidak bertanggungjawab mereka ini.

rosli salem agak marah dan kesal kerana sesama melayu pun tak cerdik, lebih-lebih lagi manusia berlambang keris yang kununnya pejuang melayu selama ini...

Monday, November 10, 2008

tahanan ISA

sehari dua ini diberitakan blogger haluan kiri, raja petra telah dibebaskan dari tahanan ISA setelah seketika ditahan.kira lama sedikit dari teresa kok sebelum ini. Sekalian pejuang anti ISA gembira, seolah-olah selesai sudah masalah ISA. SAMA ADA INGAT ATAU TIDAK, masih terdapat sejumlah besar anak muda Islam negara ini, yang belajar untuk ilmu, berusaha demi meneruskan dakwah dan jihad Rasul, masih ditahan dibawah akta warisan penjajah dan yahudi ini. selagi anak muda ini masih ditahan, maka tidak ada bezanya pemerintah malaysia dengan yahudi israel laknatullah

Thursday, November 6, 2008

Obama dan Osama



Persamaan keduanya adalah mempunyai darah dan keturunan Islam. Terpulang bagi setiap individu atau pihak untuk membuat analisis dan interpretasi, namun yang penting kedudukan obama satu kredit buat umat Islam. Ini menunjukkan asas Islam sebagaimana yang diterima oleh obama boleh membawa kepada kebaikan, sekalipun dia sebenarnya tidak diberitakan mengamalkan ajaran Islam. Namun jangan kita lupa, mainan dan tipu daya yahudi laknatullah tidak pernah surut untuk merosakkan Islam.

Tuesday, October 28, 2008

PAS perlu proaktif


Situasi hari ini memerlukan PAS bergerak pantas dan proaktif, terutama di negeri yang dipimpin oleh DAP dan PKR. Sememangnya amat mulia sikap tidak mengejar pangkat dan darjat, namun menyelamatkan masa depan dan kesejahteraan negara juga amat perlu. Situasi hari ini menunjukkan PAS mempunyai cukup ramai profesional yang layak memegang jawatan, tetapi tidak mahu menonjol atau tidak ditonjolkan oleh pimpinan. Akhirnya ramai profesional PAS sekadar aktif di peringkat cawangan atau bekerja sikit-sikit di sebalik tabir membantu pentadbiran negeri.

Perkara ini sememangnya tidaklah terlalu sukar kerana setiap alumni universiti tahu kehebatan rakan-rakan masing-masing. Namun tak ramai yang sanggup tampil bekerja secara langsung dengan GLC atau kerajaan negeri. Alasannya kerana tidak yakin dengan kelangsungan pemerintahan Pakatan Rakyat.

Mungkin mereka melihat Terengganu sebagai contoh. Namun sedarkah kita betapa susahnya rakan-rakan PAS di Terengganu sebelum ini hendak mencari profesional yang sanggup meninggalkan kerjaya sedia ada untuk bekerja dengan Kerajaan negeri sebagai top leadar, yang taraf jawatan kontrak . Sememangnya mana-mana ketua pengarah juga berkhidmat secara kontrak. Akhirnya pemerintahan PAS bergerak cukup susah, ibarat rantai basikal tak berminyak kerana negeri diperintah PAS, tetapi sistem kerajaan dikuasai ejen BN.

Situasi semasa di Selangor berkaitan perlantikan sementara boss PKNS juga menunjukkan kelambatan PAS bertindak. PAS sepatutnya telah bersedia dengan calon yang sesuai untuk setiap sektor dan lapisan jentera kerajaan negeri, dan ahli PAS juga bersedia untuk dicalonkan dan sanggup menerima risiko. Namun perkara ini umpama jihad, melibatkan masa depan, pinjaman rumah/kereta dan tanggungan keluarga. Mencalonkan pegawai junior memang mudah, tetapi untuk mencari senior profesional sebagai Pengarah Urusan/Ketua Pengarah, ringkasnya boss bagi setiap GLC atau agensi kerajaan negeri cukup sukar, kerana perkhidmatannya bersifat kontrak.

Eloknya disenaraikan profesional PAS berusia 45-50 tahun untuk menjadi calon atau back up bagi setiap sektor, kerana pada usia begini tahap profesional mereka sudah pada tahap matang, dan diharap tanggungan keluarga semakin reda. Harapnya hutang tinggal hutang rumah saja la, dan tak perlu la buat hutang kereta lagi.

catatan: roslisalem pun belum bersedia dari aspek profesionalisme dan tanggungan, tapi sedia pertimbangkan jika jawatan bertaraf tetap. Sebab skrg ni pun dah ada kerjaya dan pendapatan tetap, tambah dengan tanggungan tetap dan tinggi setiap bulan..bukan offer diri, tapi kalau suruh orang lain sanggup jihad, diri sendiri pun mestilah bersedia juga.

Saturday, October 25, 2008

hina dan buruknya umno kini


amat pelik dan sungguh mengharukan sikap pemimpin melayu yang cukup berdegar-degar bersemangat membela malayu dan Islam.Namun jauh di lubuk mereka sendiri umat melayu sendiri dihina dan diperlecehkan. Dalam saat sambutan idulfitri dan kunjungan marhaban belum lagi selesai, ranapnya sebuah kampung melayu di plentong , semuanya berpunca dari tangan pemimpin melayu juga...

kalau dulu generasi pertama mereka bersusah payah, menggadaikan nyawa membuka kampung itu, seterusnya dijanjikan geran , projek dan sebagainya, namun akhirnya tanah itu dikurniakan hakmiliknya buat bangsa asing yang kononnya dianggap komunis selama ini. (nampaknya tak jauh bezanya pemimpin umno dg pemmpn zionis di palestin)

Riuhla komen konco umno yang bodoh sombong mengatakan menjadi hak pemilik tanah itu berbuat apa yang patut atas tanah milik mereka. Betapa bodoh dan sombongnya orang umno ini, sedangkan semua tahu geran/hakmilik sepatutnya sudah lama dikeluarkan kepada peneroka tanah itu, namun sejak zaman berzaman,lidah umno lebih bercabang dari lidah ular dan biawak.

Bahkan umno kini menjadi biawak hidup, liabiliti yang membebankan negara. Sudah menjadi open secret 'komisen' tender dan projek menyebabkan cukup banyak ketirisan berlaku atas bajet negara. apa lagi yang nak dikomen kalau harga kelapa yang 60sen di pasar borong selayang menjadi rm1.20 bila masuk ke kem jalan kuching, yang tak sampai 1km pun jaraknya...

Sunday, October 19, 2008

HAK DAN KEISTIMEWAAN MELAYU


Hari ini ramai yang mengungkit dan menyebut isu hak dan keistimewaan melayu dalam perlembagaan dan pentadbiran di Malaysia. Isu ini bukan sahaja dibangkitkan oleh non-malay, bahkan juga dibangkitkan oleh melayu sendiri.

Bagi saya, semua ini berpunca dari salah guna kuasa, penyelewengan dan kebobrokan dari umno. Lalu timbul pelbagai isu seperti nepotismen, kronisme dan isme-isme yang lain.

Saya secara peribadi menyokong hak dan keistimewaan melayu, dan dalam masa yang sama mahu hak ini diperluaskan kepada bangsa selain melayu juga. buat sementara ini, saya namakan hak dan keistimewaan golongan fakir dan miskin.

Setiap muslim perlu sedar, hukum telah menetapkan hak dan tanggungjawab yang lebih utama bermula dengan anak isteri, saudara kandung, saudara seagama, jiran tetangga, hinggalah meliputi batas negeri dan negara. bermula dengan hukum wajib, sunat dan harus.

Jadi amat penting semua sedar pemimpin kita perlu memastikan setiap peringkat ini dijaga dan dipenuhi keperluan asasnya, sebelum sibuk hal di luar. PAStikan setiap anak-anak kita ada makan pakai, kemudian saudara kita, jiran tetangga, kemudian barulah sekitarnya.

pandai juga melayu dulu bermadah;
kuman di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak, atau
kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.

Thursday, October 16, 2008

patung oh patung


ke mana sekelian bijak pandai agama, sekalian ustaz dan mufti ..

sampai bila patung arwah ni nak dibiarkan.

sudah la, kesian roh arwah yang terseksa.

hidupnya dulu pun bukan la sempurna sangat, jangan la

ditambah lagi beban sesudah mati buatnya.

Al-fatihah ...

politik kita


bukan lakonan atau benda baru ..kita semua manusia biasa dan terdidik dengan adab dan budaya sopan. biar bermusuh bagaimanapun, silat melayu juga tidak pernah mengajar menendang kepala musuh.inikan pula sekadar silat politik.

ahli politik matang tahu membezakan pertembungan politik dan perbezaan pendapat. namun ramai juga yang memegang tampuk kuasa lupa diri, menggunakan kuasa untuk memenjara dan menghukum..sehingga hilang nilai dan maruah..

Friday, October 10, 2008

teka


cuba teka ..apa yang tak kenanya dengan link kat TKO ni ..

Thursday, October 9, 2008

web rakansiswa.com



isu ini diceritakan dalam tranungkite.net

inilah akibatnya walau Malaysia sudah merdeka lebih 50 tahun, tapi kerja dakwah lembap, bahkan situasi lebih membimbangkan berbanding sebelum merdeka.

sebelum merdeka, memang amalan agama Islam lemah, tapi akidah umat Islam cukup kuat, mungkin ini sebagai pendinding antara rakyat dengan penjajah.

namun selepas merdeka, kelekaan umat berdakwah menyebabkan penjajah lebih mudah memporak-perandakan akidah sebab ianya dilakukan oleh anak watan sendiri.

sekalian umat Islam yang belajar tentu cukup faham tentang Islam dan Kristian.
namun ini ada sedikit komentar saya ,lebih ditujukan untuk umat Kristian.


Dari zaman Adam, Daud (David?), Yaakub (Jacob?), Musa (moses?), Sulaiman (solomon?), hinggalah kepada Isa (yesus?), semuanya membawa risalah Aqidah mengEsakan ALlah Taala. Penggunaan (?)bermaksud apakah kristian mengakui persamaan ini? Bahkan secara demografi dan geografi pun mereka dari kawasan yang sama, iatu timur tengah.

Setiap zaman diturunkan kitab, Daud(Zabur), Musa(Taurat), Isa(Injil/Bible?) dan diakhiri dengan Al-Quran(Muhammad). Kitab-kitab ini diturunkan membawa aqidah yang sama, iaitu menyembah ALLah Taala, tetapi syariat yang berbeza. Perbezaan Syariat/Amalan ini disesuaikan dengan zaman dan ketamadunan umat manusia.

Namun, sekaliannya dirangkumkan dengan Al-Quran. Sebagaimana Hidup Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Dari saat kelahiran, tumbesaran, kehidupan, perkahwinan, pendidikan, ekonomi, perdagangan, sehinggalah aspek peperangan dan pentadbiran negara juga diajar, sama ada secara teori Al-Quran dan praktikal AsSunnah.

Tiada percanggahan, tetapi suatu evolusi..dari Zabur hinggalah ke Al-Quran. Besar sangat harapan saya agar umat Kristian memahami hakikat ini, supaya ilmu dan kefahaman mendalam mereka pada Bible itu akan membawa mereka untuk beriman dengan Al-Quran ..kerana pengajian, pengajaran dan kemuncak Bible itu kesudahannya akan bertemu juga dengan Al-Quran.

Al-Quran tidak menghukum mereka ini sebagai golongan salah, tetapi lebih dianggap sebagai golongan tersesat atau engkar. Kesesatan berpunca dari permainan dan manipulasi golongan berkepentingan, manakala keengkaran disebabkan ego dan sikap tidak mengakui hakikat Kenabian Muhammad SAW hanya kerana baginda bukan dari golongan bani Israel. (namun satu yang tidak dapat dinafikan Isa (yesus) juga dari Bani Israel, tetapi mengapa wujud agama Kristian, sepatutnya mereka menpunyai agama yang sama dengan keturunan bani Israel-Yahudi??)

Bagi saya tersesat, kembalilah ke pangkal jalan, berimanlah dengan Al-Quran..Bagi yang engkar, sedarlah..kita hanya hamba ciptaan-Nya..apa daya dan hebatnya kita untuk engkar panduan dan peraturan yang ditentukan-Nya..janganlah menzalimi diri sendiri sedang kita semua mencari sinar bahagia untuk kembali kepada-Nya.

Wednesday, October 8, 2008

Sepeninggalan Pak Lah


Politik Malaysia berada dalam keadaan paling tidak selesa pada ketika ini berbanding sebelumnya. Jika sebelum ini setiap PM meninggalkan kuasa dengan kestabilan, tapi tidak ketika ini.

Saya harapkan andaian saya ini silap, seperti mana silapnya andaian Tun Dr Mahathir bahawa Pak Lah takkan berundur.

Saya harapkan ada langkah segera, sama ada dari pihak BN atau PR. Pertempuran hebat PRU12 telah meninggalkan suasana tidak tenteram. Sama ada dicetuskan pemerintah atau pembangkang , itu isu yang lain.

Namun, Bn & PR perlu sama-sama bertanggungjawab dan berusaha memulihkan keadaan. Seeloknya Pak Lah memanggil ketua pembangkang dan Najib duduk berbincang mengenai halatuju negara ini. Setidak-tidaknya menjelang persidangan parlimen minggu depan.

Cabaran


Setiap orang atau golongan mempunyai pandangan dan perjuangan
yang berbeza. Semuanya bergantung kepada hala tuju dan kepentingan
masing-masing.

Bukan hak kita untuk menyuruh semua orang terima pandangan kita,
tetapi menjadi hak semua orang untuk menyuarakan pendapat, atau
setidak-tidak menyoal atau bertanya, atau lebih senang dikatakan
menimbulkan persoalan.

Namun amat malang jika medium maya ini juga dibuat sekatan hanya
kerana pendapat atau pandangan yang tidak sealiran. Kita faham,
memang wajar individu yang menggunakan perkataan tidak sopan, biadap
atau menjejaskan daya intelektual disekat , tapi bukan mereka yang
berbeza pendapat atau pandangan.

Apatah lagi dalam usaha masing-masing memberi peringatan, teguran
dan hujah. Dalam hal ini, rosli salem berharap semua moderator
web yang menjadi tumpuan ramai lebih bijak dan rasional.

Jika tidak, website anda akan kembali menjadi website tukang ampu
dan tukang bodek semata-mata..Tapi jika memang itu yang dihajati,
terpulanglah..setiap orang ada citarasa tersendiri ..

TKO


Salam Idulfitri buat seluruh warga kerja dam ahli kariah TKO.
Rosli Salem baru saja perasan blog ni juga ada dalam list TKO.

Diharap penghargaan seumpama ini akan menaikkan lagi semangat
Rosli Salem untuk meneruskan usaha di alam cyber ini.

Semoga perjuangan Islam tetap subur dan mekar di bumi Ilahi ini.

Tuesday, September 23, 2008

Mengadap Tuanku




Kalau level abg poji pun mudah mengadap tuanku, apakah menjadi satu masalah bagi DSAI untuk mengadap tuanku ??

Jadi kepada pihak yang berkenaan, cukup-cukuplah la tu menggunakan media untuk menipu dan menakut-nakutkan rakyat. Tuanku tetap bersama rakyat.

Daulat Tuanku !


catatan; agaknya tak lama lagi dapat pingat la abg poji ye ..he he he .. apa pun teruskan perjuangan.. biar ketar lutut puak bn-umno ni ..

Monday, September 22, 2008

Kita Islam yang macam mana ?


Saya bersyukur dan rasa cukup bertuah kerana lahir dari kedua ibubapa muslim, membesar di persekitaran muslim (walaupun lahir aja di kampung, tapi membesar di estet dan masuk kejap sekolah cina) ..

Namun setakat ini masih tak mampu menjalankan suruhan agama 100%. Paling tidak masih belum pergi haji, sedangkan boleh usaha kalau hendak. Alasan kuota yang ditetapkan masih lambat lagi mungkin boleh menjadi hujah di dunia, tapi belum tentu di akhirat boleh dterima.

Selain tu, bab maksiat ringan masih belum mampu dikawal.. dalam bulan puasa ni pun belum tentu dapat kawal mata kalau ada awek seksi cun yang melintas. Kalau nenek tua pakai seksi tu mungkin la boleh pandang ke lain.

Cuma sayangnya, masih ada di kalangan muslim hari ini menganggap hukum agama itu suatu yang boleh dibuat pilihan. Nak ikut atau tak nak ikut. Kalau tak nak ikut atas dasar malas (contoh malas ke surau) itu masih normal bagi masyarakat kita, terutama yang muda.. (sebab dalam filem/drama pun tunjuk imej surau masjid ni untuk orang tua dan pencen aja)

Tapi apa agaknya isi sebenar hati mereka bila mempertahankan ketidak-patuhan (amboi, susah nak sebut) mereka sebagai hak peribadi. Contoh, tak nak sembahyang, tak mahu puasa, tak keluarkan zakat, pergi kelab malam atau lain-lain yang seumpamanya .. Adakah hukum ini memberikan ruang pilihan..nak buat boleh, tak nak buat pun boleh ..

Setakat ni saya masih kurang selesa berkawan dengan golongan seumpama ini.Bukan sebab alim, tapi takut terikut-ikut.. iye la ..paham-paham la kalau membesar di estet..kawan dengan bebudak india, sekolah kawan dgn bebudak cina.. kalau tambah lagi kawan dengan geng Islam liberal.. nanti apa yang tinggal ? dah la nak mengaji pun liat, nak ke surau masjid jarang-jarang..

entah la ..mungkin mereka dah buat keputusan awal-awal ..untuk jadi ahli neraka daripada jadi ahli syurga .. saya ni, jangankan masuk syurga, dapat bertenggek tepi pintu syurga pun jadi la, dapat jadi khadam tukang lap lantai kat syurga pun tak pe ..asal tak masuk neraka sudah ..

Friday, September 19, 2008

warkah buat PM

ISA: Teresa Kok dibebaskan

Sep 19, 08 1:19pm
Teresa Kok dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini selepas disiasat selama seminggu.

Beliau dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur jam 1 petang.

Beliau berada di balai polis berkenaan selama 40 minit untuk proses urusan pembebasan sebelum keluar bersama ibu bapanya, peguamnya Sankara Nair dan pembantunya Mandy Ooi.

DAP memaklumkan satu sidang media berhubung pembebasan itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Petaling Jaya jam 3.30 petang.

Exco kanan kerajaan Selangor itu ditahan bawah ISA menjelang tengah malam Jumaat lepas.
Beliau antara tiga orang yang ditahan minggu lalu bawah kontroversi itu selepas penangkapan editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng.
Tan dibebaskan Sabtu lepas, sementara Raja Petra masih ditahan.

Teresa, yang juga ahli Parlimen Seputeh, ditangkap kira-kira jam 11.18 malam Jumaat lalu ketika pulang daripada menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

Teresa yang setiausaha organisasi kebangsaan DAP, ditahan selepas kenderaan yang dinaikinya dihalang oleh tiga kereta peronda polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan Teresa mengikut Seksyen 73 (1) ISA.
Menurut pemimpin utama DAP Lim Kit Siang, tiga kereta polis bersama 10 anggota menahan Teresa di pintu masuk kondominiumnya.
Katanya, Teresa baru pulang daripada menghadiri satu majlis festival kuih bulan di pejabatnya di kawasan pilihanrayanya.
Teresa ditahan untuk siasatan berhubung tuduhan melarang laungan azan di dua masjid, penggunaan tulisan jawi pada papan tanda dan laporan polis terhadapnya oleh beberapa pertubuhan Islam, termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Tuesday, September 16, 2008

hadirkanlah ketabahan buat kami semua

bila syaitan bertakhta di hati ..


mangsa terbaru kes culik, bunuh dan bakar ..

biarpun tebusan RM33K telah diserahkan, namun
mayat juga dikembalikan buat keluarga mangsa ..

Monday, September 15, 2008

Zoom Ramadan.. Inilah Hadhari

Oleh bio205

"Asslamualaikum, Mlm tadi saya menonton satu program Zoom in Ramadhan di TV 1. saya jarang menonton Rancangan TV 1 tapi mlm tadi saya rasa pelik dan aneh kerana satu perkara...

Pada hemat saya ialah konsep lagu pada malam itu adalah lagu berunsur dakwah dan ketuhanan namun yang menghairankan saya ada satu penyanyi wanita menyanyikan lagu Rahimah Rahim yang popular saya lupa tajuknya tapi apa yang ingin saya highlite kan ialah penyanyi wanita tersebut TIDAK MEMAKAI TUDUNG UNTUK MENUTUPI AURATNYA KETIKA MENYANYIKAN LAGU MEMUJI TUHAN

Bagi saya itu adalah satu PENGHINAAN KEPADA ISLAM DAN MEMPERSENDAKAN HUKUM ALLAH. sama ada sedar atau tidak seharusnya penerbit PROGRAM seharusnya PEKA dengan hal ini dan tidak sewenang-wenangnya menerbitkan program yang tangkap muat sahaja.

INILAH dia satu lagi KECELARUAN ISLAM HADHARI dimana mencampurkan adukkan perkara halal dan haram dengan harapan masyarakat akan MELIHAT YANG HALAL SHAJA. BAGI SAYA RAMAI LAGI PENYANYI 2 NASYID YANG BOLEH DIJEMPUT untuk program tersebut.

tunas harapan



"Isu samada hari ini, 1 September 2008 telah menjadi satu kejayaan kepada Pakatan Rakkyat untuk membentuk Kerajaan Baru bagi Negara Malaysia tercinta ini sepatutnya tidak timbul lagi. Sepertimana yang telah ditegur oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa tarikh 16 September itu hanyalah satu perkara teknikal yang kecil.

Perkara pokoknya sekarang ialah pada saat ini, dan pada tarikh ini iaitu 16 September 2008, Ahli ahli Parlimen dari kerajaan Barisan Nasional yang sebahagiannya merupakan Menteri Kabinet telahpun bersetuju untuk berada dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat, dan secara idealnya kini, Jumlah Ahli Parlimen dalam Pakatan Rakyat sudahpun melebihi dari bilangan ahli-ahli Parlimen yang berada dalam Barisan Nasional.

Secara idealnya Pakatan Rakyat kini adalah berhak dan sah di sini undang-undang untuk menjadi Kerajaan Baru bagi Malaysia. 16 Septemberlah yang menjadi tarikh bagi pertukaran ini biarpun lantikan dan pembentukan secara rasmi tidak dilakukan pada hari ini.

Kini harus mengambil pengajaran ini dari peristiwa Hijrah Rasululah S.A.W dari Mekah ke Madinah yang berlaku pada 2 Rabiul Awal tahun 622 Masihi. Kejayaan Hijrah ini telah membolehkan Kerajaan Islam yang diperintah oleh penganutnya sendiri tanpa halangan dari pihak Quraisy dan telah berjaya meletakkan Islam sebagai Perlembagaan Negara. Biarpun peristiwa ini berlaku pada Bulan RabiulAwal, tetapi apabila tarikh Tahun Hijrah di wujudkan dalam kiraan Kalendar Islam, Bulan Muharam telah dijadikan sebagai permulaan tarikh Hijrah kerana Rasulullah telahpun berniat untuk berhijrah dari Mekkah ke Madinah bagi mendirikan Kerajaan Islam sejak Bulan Muharam tahun 622 Masihi.

Yang tinggal kini hanyalah perkara-perkara teknikal yang perlu diselesaikan untuk menguruskan pertukaran Kerajaan ini secara aman dan damai. Apa yang lebih penting ialah kesejahteraan untuk rakyat Malaysia agar berada di bawah pemerintahan sebuah Kerajaan Yang Lebih Berhak, Adil dan Berwibawa. Janganlah menjadikah 16 September yang kecil itu sebagai penghalang, ia cuma satu tanggal untuk dijadikan sebagai satu tarikh rujukan untuk pertukaran sebuah kerjaan yang telah sekian lama bergelumang dengan korupsi dan jenayah sosial, ideologi, budaya, akademik dan politik. Pertukaran dari sebuah Kerajaan Angkuh dan Zalim bernama Barisan Nasional kepada sebuah kerajaan yang adil, telus, saksama dan berperinsipkan kepentingan rakyat dari semua kaum, agama dan bangsa bernama Pakatan Rakyat."

Saturday, September 13, 2008

KUIS sasar tenaga profesional menerusi Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan


12-09-2008 10:33:39 AM


BANGI: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIs) mensasarkan lebih ramai tenaga profesional dalam perbankan dan kewangan Islam dapat dilahirkan menerusi pengenalan Program Sarjana Pentadbiran Perniagaannya yang berkonsepkan Muamalah.

Dekan Program Pengajian Siswazah, Dr Ahmad Fauzi Idris memberitahu Bernama baru-baru ini, Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Muamalah (MBAMuamalah) yang ditawarkan KUIS adalah kombinasi daripada program Perbankan dan Kewangan Islam, Takaful dan Perancangan Kewangan Islam dan Pengurusan.

"Program perintis ini penting untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor kewangan Islam di negara ini", katanya.

Malahan kewujudan tenaga kerja dalam bidang ini juga mampu menjadikan Malaysia sebagai hab bagi produk kewangan Islam di luar negara.

Pengambilan September 2008

Dr Ahmad Fauzi berkata, tempoh pengajian bagi program ini adalah selama tiga semester untuk pengajian sepenuh masa. Setiap semester mengandungi 14 minggu.
Bagi pengajian separuh masa, jangkamasa pengajian ialah enam semester.

Pengambilan pertama untuk program ini bermula pada September 2008 untuk sesi pengajian 2008/2009.

Dr Ahmad Fauzi berkata, permohonan untuk mengikuti pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan Muamalah terbuka kepada graduan Sarjana Muda dari Institusi Pengajian Tinggi Awam, swasta ataupun graduan dari KUIS.

Namun kelebihan diberikan kepada calon yang mengambil subjek Bahasa Arab semasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sekiranya calon tidak mengambil subjek berkenaan, mereka dikehendaki mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab selama tiga bulan yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sepanjang Hayat KUIS (KUISCELL).

Berkenaan kadar yuran, Dr Ahmad Fauzi berkata KUIS menawarkan kadar yang berpatutan dan ia adalah yang terendah di Malaysia.

"Bayaran adalah mengikut semester pengajian, sekiranya yuran dibayar sepenuhnya untuk tiga semester pengajian, pihak KUIS akan menyediakan insentif berbentuk diskaun", katanya.

Dengan kadar bayaran yang berpatutan, KUIS yakin program ini akan mendapat sambutan daripada pelajar tempatan dan luar negara.

Struktur Pengajian

Menurut Dr Ahmad Fauzi, proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan mengambil kira keperluan pelajar.

"Pelajar boleh memilih satu daripada dua mod pengajian yang disediakan iaitu menghadiri kelas setiap hari pada hari bekerja atau sebelah petang dan hujung minggu.

"Kelas pada sebelah petang dari pukul 6 sehingga 10 malam, manakala pada hujung minggu dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Jadual pengajian yang fleksibel akan memudahkan pelajar menghadiri kelas", katanya.

Dr Ahmad Fauzi berkata, pengajian akan dijalankan dalam kumpulan kecil iaitu hanya 20 pelajar dalam satu kelas untuk memudahkan interaksi dua hala dan pembentangan individu.

Pelajar diwajibkan mengambil lima subjek berkaitan pengurusan perniagaan dan kewangan Islam pada semester pertama pengajian, enam subjek pada pengajian semester kedua dan empat subjek pada semester ketiga.

"Walaupun tempoh pengajian agak singkat, dengan penyusunan program yang padat dan bersesuaian serta tenaga pengajar yang berpengalaman, KUIS yakin program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Muamalah ini mampu memenuhi keperluan tenaga kerja industri kewangan Islam", katanya.

Menurut Dr Ahmad Fauzi, KUIS turut mendapat pandangan daripada panel penasihat semasa menggubal program ini.

Peluang Kerjaya

Dr Ahmad Fauzi berkata, melihat kepada senario pasaran kerja semasa, graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Muamalah mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam sektor perbankan dan kewangan Islam.

"Kepakaran dan guna tenaga dalam sektor perbankan dan kewangan Islam di Malaysia amat diperlukan. Dengan adanya program seumpama ini, KUIS telah menyediakan kemudahan dalam bentuk tenaga kerja dan kepakaran kepada sektor dan industri yang memerlukan", katanya.

Pihak KUIS juga, katanya, berharap program ini dapat diterima baik oleh pelajar dan berupaya menjalinkan kerjasama dengan pihak industri berkaitan bagi mengembangkan program ini sekali gus mampu memberi kebaikan kepada pelajar.

"Kami berharap pengenalan program ini mampu meletakkan KUIS sebaris dengan IPT lain", katanya. BERNAMA

Wednesday, September 10, 2008

antihusam

aku dah komen antihusam ..

so, aku bagi ruang untuk dia komen aku pulak ...

Sunday, September 7, 2008

Monday, September 1, 2008

Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan. Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya. Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.
Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat. -

Presiden PAS

Friday, August 29, 2008

Merdeka


Merdeka ! Merdeka ...emmm..ehh..
sama lak....nape ek ??

Saturday, August 16, 2008

Thursday, July 31, 2008

Muhamad Sabu pelawa Adnan, Tajol dan Khir sertai PAS

Oleh Roy Rasul & Tarmizi Mohd Jam Thu Jul 31, 08 6:25:48 pm MYT

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - PAS mempelawakan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, bekas Menteri Besar Perak dan Selangor, Dato' Seri Tajol Rosli dan Dato Seri Mohd Khir Toyo menyertai parti itu kerana perjuangan mereka dalam Umno sudah tidak memberi apa-apa makna setelah Umno ditolak rakyat pada pilihan raya umum yang lalu.


Naib Presidennya, Muhamad Sabu amat mengalu-ngalukan ketiga-tiga pemimpin Umno itu menyertai PAS dan meninggalkan Umno dalam keadaan parti itu sedang sakit tenat dan memerlukan rawatan dari luar.

Beliau yang diwawancara Harakahdaily sejurus selepas mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dengan Majlis Syura Ulama petang tadi berkata, PAS membuka pintu seluas-luasnya untuk semua ahli dan pendokong Umno agar berhijrah meninggalkan parti itu dan menyertai PAS demi perpaduan Melayu dan agama Islam.

"Eloklah mereka bertiga dan tokoh-tokoh Umno yang sayangkan Islam, masuk PAS bagi penyatuan umat Islam untuk perkuat perpaduan Melayu dan perkasakan agama Islam di negara ini," katanya di Pejabat Agung, dekat sini.

Sementara itu, Pesuruhajaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyokong penuh pelawaan Muhamad dan PAS negeri itu bersedia membuka ruang sebesar-besarnya bukan sahaja kepada Adnan Yaakob tetapi seluruh ahli Umno.

"Sebabnya jika kita bersatu atas nama Islam kita selamat dunia dan akhirat. Bagi kami, tokoh-tokoh Umno yang sayang agama sepatutnya dia bersama dengan PAS," katanya yang ditemui di Pejabat Agung, sebentar tadi.

Menurutnya sudah sampai masa, PAS dan Umno membuat perubahan ke arah memperkukuh dan menegakkan Islam. Walaupun PAS Pahang ditawarkan jawatan Menteri Besar dan exco tetapi bagi Tuan Ibrahim, PAS tetap tidak akan berkerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional.

"Jika ini berlaku, ia satu anjakan pradigma baru dalam dunia politik negara," ujarnya.- tmj_

Tuesday, May 27, 2008

Demi Islam


Situasi semasa politik Malaysia memperlihatkan bagaimana Islam bukan lagi dibela dengan sebaiknya, tetapi sudah menjadi bahan untuk diserang. Samada perkara ini sememangnya ada kaitan dengan pihak luar atau tidak, umat Islam Malaysia perlu berjuang mempertahankannya.
Bermula dengan aliran anti hadis, Islam liberal, Al-Arqam, Ayah Pin dan yang terbaru Islam Hadhari.


Semua pihak berlumba-lumba mencabul hakikat ajaran Islam yang sebenar. Malah yang berjuang menuntut Islam sebenar pula dituduh sesat lagi menyesatkan.Oleh itu tidak peliklah bilamana non-muslim mempunyai interpretasi atau pandangan yang buruk terhadap Islam. Bahkan lebih dari itu, turut sama menentang Islam melalui slogan kebebasan agama yang dipelopori oleh Sister In Islam.


Jadi usah kita memburuk-burukkan dap jika mereka bersikap anti Islam sebab punca sebenar adalah dari umno dan ngo belaan umno seperti sister in Islam juga yang tidak sudah-sudah memperlekeh agama. Bermula dengan isu aurat, poligami, harta pusaka, zina , bahkan seribu satu macam ajaran Islam yang dipertikai.


Tugas kita sekarang adalah meningkatkan dakwah dan kesedaran sesama Islam tentang ajaran yang sebenar menurut Al-Quran dan Sunnah . Seterusnya MENERANGKAN penyelewengan yang dibuat oleh umno dan golongan Islam liberal kepada non-muslim seperti mca,mic, gerakan dan dap.Isu non-muslim terima atau tidak, itu kuasa ALLAH yang menjaga dan membolak-balikkan hati manusia. Kita hanya perlu berusaha sebaik dan sesungguhnya, kemudian berserah pada ALLAH.

Monday, May 26, 2008

utusan malaysia


Pakatan Rakyat hari ini melancarkan kempen memboikot akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang didakwa menyiarkan laporan berbaur perkauman dan berat sebelah. Kenyataan itu dibuat bersama antara Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang diwakili oleh Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang diwakili Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng di Lobi Parlimen dalam sidang media tergempar pagi tadi.
Menurut Dr Wan Azizah yang membacakan kenyataan bersama itu,selepas pilihan raya umum lalu, akhbar-akhbar arus perdana sudah mula menunjukkan keterbukaan terhadap laporan mereka sedikit. Namun, ada juga akhbar sebaliknya membuat laporan berat sebelah dan berbaur perkauman selain laporan yang tidak tepat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan KeADILan), ujar wan Azizah.
"Yang paling teruk sekali ialah akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, mereka masih terus memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin dalam pakatan secara tidaka dil seolah-olah mereka masih jalankan kempen pilihan raya walaupun pilihan raya telah tamat lebih tiga bulan lalu," dakwanya. Selain itu dakwanya, Utusan juga mengapi-apikan sentimen perkauman sempit dengan tujuan jelas menimpulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.
"Kami sentiasa mendukung Perlembagaan Persekutuan, dan kami ingin membela nasib semua rakyat tanpa mengira kaum agama dan gender, "Kami tidak mahu melihat kekayaan negara dibolot oleh segelintir pemimpin berkuasa dan kroni yang kaya," katanya. "Justeru kami (Pakatan rakyat) menyeru Utusan dan Mingguan Malaysia diboikot hari ini.Pengiklan-pengiklan juga digesa berhenti dari melanggan iklan di akhbar tersebut," katanya.

Thursday, May 22, 2008

Tiga perkara ajaib berlaku terhadap MB Nizar


Dilulus terbit pada Friday, May 23 @ 08:00:49 MYT
oleh greenboc tranungkite.net
Oleh alhusseyn" http://alhusseyn51.blogspot.com/

Di suatu hari Sabtu tanggal 17 Mei lalu; jadualnya sangat ketat dimulai dari sebelah pagi di Stadium Indra Mulia menemui rakyat , tengaharinya ke Batu Gajah dan Malim Nawar. Kemudian di Gopeng pada sebelah petangnya dan menghadiri Santapan Malam di Hotel Casuarina meraikan pemain hoki piala Sultan Azlan Shah.Tidah habis setakad disitu, beliau berkejar pula untuk berceramah di Mini Stadium Sungai Tapah.

Pagi esoknya tentulah sepatutnya berehat bersantai bersama keluarga yang dikasihi setelah seharian bersama rakyat sebelumnya. Tetapi tidak bagi Nizar - Pagi-pagi beliau sudah terpaksa berpergian ke Kelantan kerana menyambut jemputan Tok Guru MB Besar Kelantan dan anda tentu sukar mahu percaya - jam 3 petang, beliau sudah berada semula di Stadium Indera MuliaIpoh kerana menyaksikan pertandingan akhir hoki piala Sultan !

Suku sakat Karpal pun turut hadir sewaktu ceramah di Mini Stadium Sungai Tapah untuk mendengan ucapan MB Nizar

Tetapi , sedarkah anda perkara yang paling ajaib berlaku disepanjang peristiwa tersebut?
Selain keajaiban tenaga yang ada pada Nizar, saya perhatikan ada dua lain kejadian ajaib yang dapat saya saksikan sendiri.

Pertama , tidak ada ‘police escort’
- kereta yang dinaiki Nizar ikut sama bersesak-sesak dengan kenderaan lain disepanjang perjalanan!

Yang kedua , amat ajaib sekali kerana tiada liputan berita
walaupun secubit tahi hidung oleh media perdana negara.

Para pemberita media perdana tempatan releks sahaja seolah-olah Menteri Besar Perak ini tidur sahaja kerjanya seperti mana seorang pemimpin besar di sebuah negara ; yang amat terkenal gemar tidur di khalayak ramai walau pun sedang berdiri!

Diharap pihak media perdana tempatan , ikutlah berubah sebagaimana kehendak rakyat yang ramai , yang telah memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui negeri Perak ini. Media adalah jambatan yang menghubungkan antara pemerintah dengan rakyatnya; maka janganlah di runtuhkan jambatan tersebut.

Wednesday, May 21, 2008

MENANTI SINAR MALAYSIA BARU


Kita sedang menantikan perubahan besar dan baik berlaku dalam kepimpinan dan pemerintahan Malaysia. Perubahan besar dan baik ini bermaksud kita mahukan negara ini dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan sistem pemerintahan yang menjamin kebajikan dan kepentingan rakyat.

Pemimpin yang hadir menjelang pasca pilihanraya ke-12 baru-baru ini memberi harapan baru kepada seluruh rakyat negara ini. Sejak lebih setengah abad negara ini dipimpin oleh mereka yang mementingkan diri dan kroni, maka kini kita harapkan kepentingan dan kebajikan rakyat rakyat akan mendapat pembelaan sebaiknya.

Kita juga sentiasa mengharapkan keadilan, ketelusan , kejujuran dan kemesraan sistem pentadbiran kerajaan. Jentera kerajaan perlu berlaku jujur dengan semua pihak. Sikap adil, jujur dan telus bukan bermaksud setiap rakyat perlu dilayan sama rata, tapi dilayan sesuai dengan kedudukan dan keadaan masing-masing.

Rakyat yang berpendapatan RM1,500 sebulan tentu perlu diberi bantuan dan layanan berbeza dengan rakyat yang berpendapatan RM15,000 sebulan. Rakyat juga perlu bersikap adil jika mahukan pemerintah bersikap adil. Contoh paling mudah adalah pendapatan RM1500 tentu dikenakan cukai lebih rendah berbanding pendatan RM15,000, manakala bantuan diberikan kepada rakyat berpendatan RM1,500 juga lebih berbanding rakyat berpendatan RM15,000.

Jelasnya, keharmonian dan kesejahteraan dalam negara perlu pemahaman dan kerjasama timbal balas antara pemerintah dan rakyat. Pemerintah perlu jujur dan menjelaskan rasional, justifikasi dan keperluan bagi setiap tndakan yang diambil. Ketelusan dan kejujuran bukan bermaksud menarik balik keistimewaan sesetengah pihak, tapi menjelaskan rasional dan keperluan keistimewaan yang diberi.

Mungkin konsep pembelaan berdasarkan kaum perlu diubahsuai kepada pembelaan berdasarkan taraf hidup. Sebagai contoh, jika sebelum ini tender kerajaan diberi berdasarkan kepentingan bumiputera, mungkin kali ini diberi berdasarkan taraf dan kedudukan kontraktor. Kontraktor kecil dan bermodal rendah mungkin boleh diberi keistimewaan tertentu untuk membantu kemajuan mereka. Sudah tentu ini lebih dihargai berbanding memandang taraf bumiputera semata-mata, sedangkan realitinya kerja di'libaba'kan dan mengundang isu kronisme dalam pemerintahan.

Begitu juga pada aspek penjualan rumah dan hak pemilikan syarikat. Jika sebelum ini kuota tertentu diberi kepada bumiputera semata-mata, kini mungkin boleh dipinda kepada memberi hak kepada koperasi yang dianggotai oleh mereka berpendapatan rendah. Mungkin konsep dan mekanisme baru perlu difikirkan, namun ia adalah relevan dengan konsep negara pada hari ini.

Ini bukan bermaksud menerima pakai Malaysia untuk Malaysia, tapi lebih kepada modifikasi Malaysia Berkebajikan. Malaysia yang mengutamakan kebajikan dan keharmonian hidup setiap rakyat, tanpa mengira asal agama, bangsa dan keturunan.

Parti pembangkang tawar Dr Mahathir sertai mereka



20-05-2008 09:14:08 PM


KUALA LUMPUR: Tiada musuh kekal dalam politik dan ia terbukti apabila dua buah parti pembangkang PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membuat tawaran kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai parti masingmasing berikutan keputusannya keluar Umno.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau sentiasa mengalualukan Dr Mahathir atau anggota Umno lain untuk menyertai PAS, malahan sanggup bekerjasama dengan bekas presiden Umno selama 22 itu dalam perjuangan menuntut kesejahteraan rakyat dan negara.
"Kami sedia terima sesiapa sahaja yang nak sertai PAS termasuk Tun (Dr Mahathir) tapi terpulanglah kepada diri masingmasing," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.


Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut membuka pintu parti itu kepada Dr Mahathir sekiranya bekas pemimpin utama negara itu berminat."Kami amat mengalualukan mereka (anggota Umno)," kata Dr Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang.


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menghormati keputusan Dr Mahathir dan berharap masyarakat Melayu sentiasa bersatu. "Saya pernah bekerja di bawah beliau (Dr Mahathir), beliau orang yang saya anggap berkebolehan...saya hormati keupayaan dan kebolehan Dr Mahathir," katanya kepada pemberita di Shah Alam.


Dr Mahathir semalam mengumumkan keputusan untuk keluar daripada Umno serta merta kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah, dan mengajak semua anggota Umno yang sependapat dengannya untuk mengikuti jejaknya tetapi bukan bagi menyertai parti lain.
Katanya beliau hanya akan kembali menyertai Umno selepas Abdullah meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.


Dr Mahathir turut mencadangkan supaya pemimpin cawangan dan bahagian parti melepaskan jawatan masingmasing sebagai isyarat kepada Abdullah supaya meletakkan jawatan dalam parti sebelum pemilihan Umno Disember ini.


Sementara itu, ahli Parlimen Semporna Datuk Shafie Afdal tampil memberi kenyataannya berhubung isu pengunduran Tun Dr Mahathir daripada Umno.Beliau secara terbuka tidak bersetuju dengan penyataan Tun sebagai duri dalam daging kerana Tun telah banyak memberi sumbangan kepada Umno dan negara. BERNAMA

Sunday, May 4, 2008

Kemaskini Kerajaan Pakatan Rakyat


Kerajaan Pakatan Rakyat telah melakukan yang terbaik dalam pentadbiran setakat hari ini. Namun jelas dilihat pengaruh dan penguasaan BN-UMNO masih kuat dalam sistem kerajaan negeri yang ada.

Kita perlu sedar tempoh lebih 50 tahun adalah cukup lama bagi rakyat dan segenap jentera kerajaan negeri. Mereka telah sebati dengan sistem , prosedur dan proses yang diacukan oleh BN-UMNO. Bahkan pihak Istana juga sudah terlalu biasa dengan 'budaya dan adat' yang dibentuk oleh umno-bn sejak sekian lama.

Namun Kerajaan Pakatan Rakyat perlu cepat dan bijak menanamkan sikap rasional dan logik dalam pemikiran setiap orang, samada masyarakat atau agensi kerajaan negeri. Ini kerana kemenangan Kerajaan Pakatan Rakyat juga atas dasar pemikiran rasional dan logik yang disebarkan menjelang pilihanraya.

Memang terdapat pelbagai proses dan prosedur , bahkan 'adat dan adab' yang sebati sukar diubah. Tetapi usaha ini tidak perlu tergesa-gesa kerana adalah tidak baik melakukan sesuatu dengan tergesa-gesa. Adalah lebih baik mencari lompong atau kelemahan sesuatu proses dan prosedur terlebih dahulu, kemudian dari situ perbaiki dan ubah secara beransur-ansur.

Umpama benteng atau empangan yang kukuh. PASti ada juga lompong atau kelemahan di mana-mana.. buat permulaan tumpukan kepada kelemahan tersebut, lama-kelamaan benteng mitos dan tahyul pemikiran ini akan roboh juga ibarat air yang deras merobohkan empangan. Tanpa bersusah payah, air dan arus yang deras itu sendiri meruntuhkannya.

Oleh itu, Kerajaan Pakatan Rakyat perlu mengemaskini semula laporan dan maklumbalas masyarakat . Susun semula strategi dan tindakan akan lebih berkesan. Seterusnya dipanjangkan ke lapisan jentera di peringkat bawahan dan parti, perlu disesuaikan dan diselaraskan dengan halatuju kerajaan negeri.

Begitu juga antara parti PAS-DAP-PKR, perlu juga diselaraskan perkara melibatkan aktiviti atau program bersama. Apa yang penting, pertemuan dan perbincangan mengenai hal teknikal dan kebajikan perlu dirancakkan. Dan jangan sekali-kali menyibukkan diri berkaitan hal dasar dan ideologi. Ingatlah, Majoriti Rakyat memberi undi kerana hal berkaitan teknikal dan kebajikan , bukan berkaitan dasar dan ideologi.

Monday, April 28, 2008

Kem ISA wajar dipindahkan dari Perak




INILAH antara perkara penting yang patut semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat sama-sama perjuangkan. Jangan sibuk dengan mempersoalkan asas dan ideologi masing-masing.

Sampai bila setiap orang asyik mempersoalkan asas dan diri orang lain. Apa yang penting semua perlu mencari titik persamaan untuk perjuangan. Bukan mencari apa perbezaan untuk mencari jalan permusuhan.

PETIKAN DARI HARAKAHDAILY.NET

Subky Abdul Latif Mon Apr 28, 08 8:02:49 pm MYT
Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika mengadakan kunjungan rasmi kepada Perdana Menteri membangkitkan tapak khemah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Kamunting, sedang parti yang memerintah Negeri Perak sekarang adalah menentang ISA.
Tidak pasti apa perincinya yang mereka bincang, tetapi yang jelas ketiga parti yang membentuk kerajaan campuran di Perak iaitu PAS, DAP dan KeADILan adalah menentang ISA dan mahu ISA dimansuhkan.

Kerajaan Perak tiada kuasa untuk memansuhkan ISA kerana ia adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat. Tetapi tentulah kerajaan Perak merasa tidak senang sesuatu yang dibenci dan dikutuknya berkhemah dalam wilayahnya.

Maka secara terhormat adalah munasabah kalau Perak minta Kerajaan Persekutuan memindahkan khemah tahanan ISA itu dari Kamunting ke negeri yang lain. Adalah dipercayai empat lagi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tidak sedia menimbangkan wilayah mereka untuk dijadikan tapak baru khemah undang-undang yang mereka sifatkan zalim itu.

Setakat ini Pahang dan Johor yang masih dikira kubu kuat BN yang tidak lagi tergugat tentu bersedia memberikan tanahnya untuk akta yang terkutuk itu. Kedua-dua negeri itu masih punya banyak kawasan yang belum diteroka, maka boleh dijadikan tapak khemah ISA yang baru.

Bukan suatu yang mudah bagi kerajaan Perak untuk mengusirkan khemah itu keluar dari Kamunting. Tentu ada perjanjian antara kedua kerajaan tentang tanah yang dijadikan khemah tahanan itu. Apa jua yang hendak dilakukan atas perkara itu terpaksa merujuk kepada persetujuan pemberian kawasan itu dulu.

Dulu tiada kerajaan yang menentang ISA. Tetapi sekarang mulai banyak kerajaan negeri yang menentang ISA. Kesemua parti pembangkang yang menguasai lima buah negeri sepanjang masa menjadikan ISA sebagai agenda yang perlu dimansuhkan.

Janji itu dibuat dalam setiap pilihan raya, baik pilihan raya umum mahu pun pilihan raya kecil. Ia adalah janji yang ditawarkan oleh mereka kepada rakyat. Dalam pilihan raya pada 8 Mac lalu, majoriti pengundi di lima negeri itu mengundi mereka. Antara yang mereka setuju itu adalah untuk memansuhkan ISA.

Yang masih berdegil untuk mengekalkan ISA ialah BN. Maka secara sukarela wajarlah Kerajaan Pusat menimbangkan untuk keluar dari Kamunting jika diminta oleh kerajaan negeri itu.
Kawasan yang dijadikan khemah tahanan itu agak luas. Dalam rangka pelaksanaan program pembangunan koridor utara yang sudah dilancarkan itu, ia adalah sesuai untuk dibangunkan bagi satu-satu projek yang menjana kemajuan negeri Perak.

Mungkin ia boleh dijadikan kampus pengajian tinggi yang baru. Perak yang ramai penduduknya tentu memerlukan sebuah universiti. Jika nama ISA itu hendak dikekalkan tiada masalah, asal jangan untuk menahan rakyat tanpa bicara.

Jika kerajaan Perak hendak menjadikannya tapak kampus yang memakai nama ISA, maka boleh dinamakan Institut Sains Awam singkatnya ISA atau Institut Sultan Azlan juga singkatnya ISA. Apa isi kampus itu boleh ditentukan oleh penduduk Perak, tetapi yang penting nama ISA boleh dipakai untuk tujuan yang baik, bukan untuk menindas seperti yang digunakan oleh BN selama lebilh 50 tahun lalu.

Adalah jauh lebih bermakna bagi ISA sama ada Institut Sains Awam atau Institut Sultan Azlan dijadikan tapak bagi membina modal insan yang seramai-ramainya yang diperlukan oleh masyarakat dan negara sekarang, bukan dijadikan kawasan membunuh jiwa insan seperti yang berlaku selama ini.

Dato' Seri Nizar membangkitkan isu itu untuk difikirkan oleh Perdana Menteri bagaimana suatu yang tidak disukai oleh kerajaan Perak sekarang dibiarkan terus berada di dalam wilayahnya.
Tentunya kerajaan Perak tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai suatu yang boleh menghalang kerjasama dan hubungan baik antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.
Belum pada peringkat ini kerajaan Perak hendak memberi kata dua kepada Kerajaan Pusat, tetapi yang diperlukan ialah bagaimana kerajaan menggunakan kebijaksanaannya menghormati keputusan pengundi di negeri itu.

Tentulah Menteri Besar Perak itu tidak bertujuan untuk menambah beban dan tekanan yang sedang dihadapi oleh Perdana Menteri gara-gara prestasi menjunamnya dalam pilihan raya lalu.
Perdana Menteri perlu dibantu oleh Menteri Dalam Negeri yang baru, Dato Syed Hamid Albar menimbang secara berhemat dan tidak menegangkan isu itu hingga menggawatkan lagi beban yang dihadapi Umno sekarang.

Kerajaan Persekutuan tidak wajar menganggap keputusan pengundi Perak itu sebagai satu perkembangan sementara. Ia jangan menjadikan perkembangan di Terengganu dulu akan berlaku pula di negeri-negeri yang ia kalah sekarang.

Dulu BN dilihat elok dan Perdana Menterinya juga dilihat elok. Tetapi sekarang Umno sendiri pun mula melihat semuanya sudah tidak elok. Maka adalah baik bagi Kerajaan Pusat mencari kawasan khemah baru di negeri yang ia tidak dilihat hodoh.

Jangan gunakan kuasa bagi menyelesaikan isu yang sangat ringan ini. Ia mesti berfikir bukan lagi mudah untuk mendapatkan kembali kuasa yang sudah terlucut. Yang terjadi di Terengganu itu adalah satu nasib baik. Tetapi nasib baik tidak semesti berlaku di semua tempat. Perak tidak berkuasa untuk memansuhkan ISA dengan kuasa yang ada padanya, tetapi ia tidak mahu Kamunting terus menyakitkan mata kerajaan negeri.

Karpal yang prihatin


Saya ingin ucapkan TAHNIAH dab SYABAS kepada YB Karpal Singh kerana cukup prihatin dengan setiap perkembangan website dan blog berkaitan PAS, sehingga 'shout-box' yang biasanya menjadi mainan remaja pun jadi perhatian.


Semua anak muda sedar shout-box biasanya menjadi medium melepaskan emosi dan jarang sangat anak-anak muda sendiri ambil perhatian. Biasanya shout-box menjadi tempat bertekak atau saling mengutuk. Tak pernah pulak dengar 'shout-box' jadi isu sebelum ini.


Hanya selepas KARPAL SINGH MEMBUAT LAPORAN POLIS baru saya sedar bahawa peguam yang hebat ini juga sensetif dengan shout-box. Tapi malangnya lebih banyak thread-thread forum dalam website kelolaan umno-bn tak pernah DAP ambil peduli. HANYA yang berkaitan PAS sahaja yang diberi perhatian.


KALAU Karpal anggap ini caranya untuk 'menasihati' PAS, maka saya kenalLAH saya kini akan Karpal Singh. Nampaknya KARPAL lebih bersikap lembut dengan umno-bn dan Polis berbanding PAS, rakan dalam Pakatan Rakyat.


MUNGKIN dari awal Karpal Singh TIDAK setuju dengan Pakatan Rakyat..tapi kalau tak setuju pun janganlah tunjuk lagak tak tentu pasal.


SAYA anggap ini hanyalah sikap dan cara terpencil pemimpin DAP dalam bersahabat. Mungkin beginilah adat dan caranya Karpal Singh berkawan. Baru saya tahu cara peguam menegur 'parti sahabat' adalah dengan menggunakan laporan polis.


SAYA JUGA berharap semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat ambil maklum akan perkara ini. JIKA ada sebarang teguran dan nasihat sesama Pakatan Rakyat, sila buat LAPORAN POLIS. BIAR Polis ada alasan untuk selongkar dan porak perandakan 'parti sahabat' kita.
dari media umno-bn
Ugut bunuh Karpal: Pelajar kolej serah diri
JOHOR BAHRU 28 April - Seorang pelajar kolej yang menghantar komen di sebuah laman web dengan menyatakan Pengerusi DAP, Karpal Singh 'halal' dibunuh, hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini.
Remaja berusia 19 tahun dari Kluang itu yang ditemani ayahnya serta ahli-ahli Pas Johor tiba di IPD tersebut pada pukul 1 petang ini dan polis telah mengambil keterangan daripadanya untuk membantu siasatan.Sementara itu, Timbalan DAP Johor, Norman Fernandez berkata, pelajar tersebut juga telah menemui beliau pada pukul 4 petang ini untuk menyerahkan surat permohonan maaf sepanjang satu muka surat kepada Karpal.
''Pelajar itu, ayahnya dan beberapa wakil daripada Pas negeri telah menyerahkan surat permohonan maaf dan menyesali perbuatan dan masalah yang ditimbulkan olehnya. ''Dia juga berjanji untuk tidak menghantar mesej sedemikian rupa ke sebarang peti mesej (e-mel) dalamannya,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau memberitahu, pelajar itu juga merayu agar Karpal menarik balik laporan polis yang telah dibuat. Menurut Fernandez, beliau akan menyampaikan surat itu kepada Karpal esok dan terpulang kepada Pengerusi DAP itu untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.
Dalam pada itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II, Amer Awal ketika dihubungi berkata, polis sedang menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Menurutnya, beberapa individu akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Katanya, komen bertarikh 24 April pada laman web Pas Johor Bahru yang dihantar oleh pengirim yang menggelar dirinya 'Alif' itu mendakwa Karpal telah menghina Islam dan oleh itu, darahnya halal dibunuh. Sehubungan itu, Karpal membuat laporan polis berkenaan perkara itu di Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Friday, April 25, 2008

Buat Pakatan Rakyat

Kepada sesiapa sahaja, tolong sampaikan pesan berikut kepada Karpal Singh,
atau tolong postkan ke blog beliau.
Saya cuba login blog beliau, tapi agak sukar.


Komen saya :

Salam Sejahtera Tuan.
Saya ucapkan tahniah atas kemenangan tuan dan pakatan rakyat dalam PRU12 baru-baru ini.

Diharapkan tuan dan rakan-rakan dapat memberi khidmat baik, demi kebaikan dan kebajikan seluruh rakyat.Saya juga berharap tuan dan rakan-rakan dapat fokus kepada kerja kebajikan dan keadilan kepada rakyat.

Tuan dan rakan-rakan tidak sepatutnya menimbulkan apa-apa isu dan dasar yang berbeza kerana saya dan rakan-rakan yang mengundi tuan dan rakan-rakan tuan adalah untuk menjaga kebajikan dan keadilan kami semua.

Saya dan rakan-rakan tidak mengundi tuan dan rakan-rakan tuan untuk saling berdebat tentang isu perkauman, agama dan adat resam budaya masing-masing.
Cukuplah tuan dan rakan-rakan tuan bekerja keras, siang dan malam untuk menjaga hal ehwal kebajikan kami, dan jika ada perbalahan atau pertembungan pendapat, lakukanlah secara bijak dan perbincangan sesama tuan.

Selepas puas berbincang atau berdebat, keluarkan sahaja hasilnya kepada rakyat. Bukan secara terus-menerus bermain dengan media masa. Situasi hari ini cukup meresahkan bila tuan dan rakan-rakan lebih banyak bercakap dari bekerja.

Sebagai pengundi tuan dan rakan-rakan tuan, sekali lagi saya minta, KURANGKAN BERCAKAP, BANYAKKAN BEKERJA ..

boleh reply ke blog saya : roslisalem.blogspot.com atau emel roslisalem@gmail.com

Wednesday, April 16, 2008

Umno harus sedar majoriti Melayu teras kekuatan Anwar Ibrahim

Mohd Rashidi Hassan Wed Apr 16, 08 4:46:52 pm MYT

Peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri sekali gus Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan disusuli pemecatan sebagai Timbalan Presiden Umno pada 3 September, melakar sejarah baru dalam politik Malaysia. Anwar bukan sahaja dipecat, malah dihadapkan dengan dakwaan 10 pertuduhan yang membabitkan penderhakaan terhadap negara, rasuah dan salah laku seks yang menyebabkan beliau terpaksa meringkuk enam tahun dalam penjara.

Tindakan keras Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad itu, mendorong penyatuan gabungan semua parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Nasional yang baru ditubuhkan, DAP dan PRM.

Presiden PAS ketika itu, Dato' Fadzil Mohd Noor merupakan pemimpin pembangkang yang pertama tampil ke hadapan mengkritik Dr Mahathir di atas kezalimannya menganiaya Anwar.
Diikuti dengan Lim Kit Siang dan Dr Syed Husin Ali, turut menziarahi Anwar di rumahnya bagi menyatakan sokongan pembangkang terhadap Anwar.

Gabungan erat empat parti pembangkang ketika itu, membentuk sebuah gagasan politik yang dinamakan Barisan Alternatif dengan mengemukakan manifestonya bertajuk 'Ke Arah Malaysia Yang Adil' bagi menghadapi Pilihan Raya Umum tahun 1999.

Bermula era reformasi
Sebelum daripada penggabungan pembangkang, era reformasi bermula sebaik pemecatan Anwar. Rakyat di seluruh negara bangkit menentang kezaliman Dr Mahathir terhadap orang yang dilatih selama 16 tahun untuk menjadi pengganti beliau. Masjid Negara menjadi lokasi pertama perhimpunan 100 ribu umat, menyaksikan kebanjiran penyokong keadilan memenuhi setiap pelusuk kota dari Masjid Negara hingga ke Dataran Merdeka.

Pada malam itu juga kediaman Anwar di Bukit Damansara diserbu anggota UTK yang lengkap dengan senjata automatik, menangkap dan mengheret Anwar ke Bukit Aman. Serentak dengan itu berpuluh-puluh pengikut Anwar ditahan di bawah ISA. Tindakan keras pihak berkuasa itu, tidak menghalang laungan reformasi untuk terus bergema, demonstrasi berterusan setiap minggu di Jalan Tunku Abdul Rahman. Laungan reformasi terus bergema di penghujung tahun 1998, walaupun Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang terbelengu di sebalik pasung jeriji besi di Penjara Sungai Buloh.

Pasca PRU 1999 dan 2004
Keputusan PRU 1999 membuktikan majoriti orang-orang Melayu menolak Barisan Nasional. Sehingga ada statistik kajian melaporkan suatu ketika, 7 daripada 10 orang Melayu menyokong Anwar.

Secara puratanya, rekod PRU 1999 membuktikan 60 peratus Melayu menyokong Anwar dan gabungan pembangkang, manakala hanya 40 peratus Melayu kekal menyokong BN.
Walaupun wujud gabungan padu Barisan Alternatif, yang wujud di dalamnya keanggotaan dari kaum Cina, India dan lain-lain, namun ketika itu tidak ramai daripada kaum bukan Melayu yang menyokong Anwar.

Hanya ada segelintir pimpinan utama PRM dan Keadilan ketika itu yang 'all-out' membela nasib Anwar sehingga terpaksa meringkuk dalam lokap polis, dipukul dan ditendang sehingga mengalami kecederaan. Hakikat yang ditunjukkan pada PRU 1999, peristiwa lebam mata Anwar dipukul Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor tidak menyelami lubuk hati kaum bukan Melayu.

Keadaan ini kekal sehingga PRU tahun 2004. Pindaan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang begitu 'bias' (berpihak) kepada BN pada tahun 2002 menjadikan kawasan-kawasan Parlimen dan Dun dirobek-robek dan dicampur adukkan dengan lokaliti pengundi bukan Melayu.

Ketika itu Umno/BN mengetahui bahawa Melayu tidak boleh diharapkan untuk menyokong mereka. Maka kaum bukan Melayu dipergunakan untuk terus menyokong BN. Fakta PRU 2004 menunjukkan majoriti Melayu masih menolak Umno/BN dan menyokong PAS serta KeADILan dan lain-lain pembangkang. Ketika itu DAP tidak bersama dalam Barisan Alternatif.

Sehingga Pilihan Raya Kecil Dun Ijok pada April 2007, kaum bukan Melayu masih belum menunjukkan sokongan padu kepada pembangkang sehingga menyebabkan Tan Sri Khalid Ibrahim tewas dengan K Parthiban. 'Swing vote' atau tsunami pada PRU 2008 dari kalangan kaum bukan Melayu, sememangnya di luar jangkaan pemimpin Pakatan Rakyat, juga di luar jangkaan BN.

Melayu teras kekuatan Anwar
Semua peristiwa ini membuktikan hakikat bahawa, teras kekuatan sokongan Melayu yang majoriti beragama Islam ialah kepada Anwar dan pembangkang, terutamanya PAS.
Fakta yang harus diingat ialah, sejak kerjasama erat yang dihulurkan Almarhum Ustaz Fadzil, orang-orang PAS yang majoritinya Melayu memberikan kerjasama dan dokongan erat kepada pembangkang, khususnya Anwar dan KeADILan.

PAS mempunyai sejuta ahli dan hampir dua juta pengundi setia sejak beberapa kali PRU. Kekuatannya meluas di seluruh negara. PAS kawasan dan cawangan berada di mana-mana.
Sehingga banyak kali PRU, calon-calon pembangkang (yang bukan PAS), boleh bergantung sepenuhnya dengan jentera pilihan raya PAS kerana orang-orang PAS komited dalam soal kerja dan tugas menentang BN.

Komitmen ahli dan penyokong PAS dalam menjayakan gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat begitu besar dan ianya terus terbukti dalam PRU ke-12 8 Mac lepas. Justeru tuduhan bahawa Anwar akan mengetepikan Melayu, Melayu diambang perpecahan, masa depan Melayu terjejas dengan Pakatan Rakyat sememangnya tidak betul sama sekali.

Fakta yang harus difahami ialah sejak tahun 1999 sehingga 2008, kekuatan Umno/BN hanya didokong oleh minoriti Melayu, sekitar 40 peratus dan ditambah dengan sokongan majoriti bukan Melayu. Masalah yang berlaku hari ini ialah sokongan minoriti Melayu dalam Umno, terhadap Umno semakin berpecah. Jika Umno berpecah, Melayu dalam Umno bergaduh, kuasa politik Melayu terhakis, bukan salah Anwar, bukan salah PAS, ianya adalah kesalahan pemimpin-pemimpin Umno!

Hakikatnya, teras kekuatan Anwar adalah dengan dokongan majoriti Melayu daripada PAS, tanpa dokongan PAS belum tentu Anwar akan terus berada dalam kedudukan sekarang. Oleh sebab itu, dakwaan bahawa, jika Anwar berkuasa menjadi Perdana Menteri, kuasa Melayu akan terhakis adalah propaganda jahat Umno/BN semata-mata.

Majoriti Melayu yang berada dalam PAS, juga dalam KeADILan adalah pendokong sebenar kekuatan Anwar Ibrahim. Maka, jika kuasa berpindah daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, orang-orang Melayu tetap terjamin haknya dari sudut politik, pendidikan, ekonomi dan sosial, malah mungkin lebih baik lagi!

cerita Perak

Perak tarik pelaburan hampir RM16 bilion: Nizar


Oleh Utusan
Rabu, 16 April 2008


IPOH: Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri percaya dapat menarik pelaburan berjumlah hampir RM16 bilion apabila pelabur asing yakin dengan kestabilan politik di negeri ini.Katanya, pelabur asing juga didapati tidak menghadapi masalah untuk melabur di negeri ini selepas pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negeri ini.

''Selepas dua minggu dilantik sebagai Menteri Besar, saya telah menerima kunjungan pelabur dari Asia Barat, Amerika Syarikat dan Eropah yang berminat untuk melabur di sini.
''Kita juga menerima lawatan rombongan 20 ahli perdagangan antarabangsa iaitu dari Eropah, Jerman, Perancis dan beberapa negara lain yang berminat untuk melabur di negeri ini,'' katanya.

muafakatlah

Maufakat demi kelangsungan bangsa


Oleh Utusan
Rabu, 16 April 2008


IDEA mengadakan permuafakatan antara UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rak- yat (PKR) pernah dibangkitkan sebelum ini tetapi ia tidak begitu menarik perhatian ketiga-tiga parti itu untuk menggerakkannya secara serius supaya menjadi kenyataan.
Bagaimanapun, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 bulan lepas, idea tersebut diperkatakan kembali apabila beberapa isu melibatkan agama Islam, raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dicabar secara terang-terangan.
Selain itu, kemenangan ramai calon bukan Melayu daripada parti pembangkang juga wajar direnungi oleh parti- parti yang mewakili orang Melayu seperti Pas dan UMNO - jangan sampai penguasaan mereka ini meruntuhkan kuasa politik Melayu.
Ini didorong oleh kebimbangan mengenai kepentingan orang Melayu di negeri-negeri yang didominasi oleh bukan Melayu seperti di Pulau Pinang berikutan langkah kerajaan pembangkang di situ untuk menghapuskan DEB yang akan menghakis hak mereka.
Timbul persoalan, apa akan jadi dengan kuasa politik Melayu apabila sudah ada pihak yang berani mencabar hak mereka yang sememangnya telah termaktub dalam Perlembagaan?
Justeru, sudah sampai masanya untuk pemimpin-pemimpin Melayu duduk dan membincangkan hak serta hala tuju orang Melayu supaya ia dapat dilindungi dengan sebaik-baiknya.
Tiba masanya pemimpin-pemimpin Melayu yang berbeza fahaman politik me- ngetepikan ideologi dan kepentingan masing-masing serta bersama-sama memperjuangkan hak ketuanan Melayu yang kini dilihat semakin rapuh.
Persoalannya, apakah ia boleh dilakukan dan apakah ketiga-tiga parti yang berbeza fahaman politik sanggup untuk mengetepikan kepentingan masing-masing demi mempertahankan hak orang Melayu?
Bagi pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman, permuafakatan seumpama itu boleh diwujudkan jika semua pihak bersedia melupakan soal kepentingan parti, diri sendiri dan sanggup bertolak ansur.
''Bagaimanapun ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan terutama selepas pilihan raya umum lalu, pembangkang memenangi banyak kerusi dan kini menguasai lima negeri.
''Permuafakatan boleh wujud jika semua pihak boleh sepakat dan bersetuju bahawa tidak ada pihak yang mendominasi pihak satu lagi,'' katanya.
Itulah yang seharusnya dipersetujui oleh pemimpin Melayu. Permuafakatan harus disegerakan dan dilakukan secara ikhlas bukan bersyarat. Ia mestilah kekal dan bukan bersifat sementara, demi kepentingan orang Melayu.
Jangan sampai permuafakatan itu kemudiannya berlangsung sekerat jalan apabila ada pemimpin yang mula memperkatakan soal jawatan dan mahukan kuasa dan selain mahu menegakkan agenda parti masing-masing.
Orang Melayu tidak lagi boleh menutup mata dan menganggap seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Pemimpin-pemimpin Melayu mesti bersatu dan menjadi satu kumpulan pendesak yang kuat demi memastikan hak serta kepentingan orang Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terus terpelihara.
Saranan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria baru- baru ini supaya permuafakatan itu diwujudkan agar isu-isu berkaitan orang Melayu tidak dipolitikkan ternyata telah mencetuskan usaha positif ke arah menyatukan orang Melayu.
Reaksi positif daripada Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memungkinkan muafakat yang dicadangkan itu menjadi kenyataan.
Salahuddin mengakui Pas pada dasarnya bersetuju dengan permuafakatan itu merupakan petanda positif ke arah merealisasikan usaha permuafakatan itu.
Begitu juga dengan Azmin yang mengakui pemuafakatan membawa maksud yang baik tetapi perlu berlandaskan prinsip keadilan sesama Melayu dan kaum-kaum lain supaya tidak wujud ju- rang antara Melayu dan bukan Melayu.
Permuafakatan yang dimaksudkan itu bukan bertujuan untuk menidakkan hak bukan Melayu apatah lagi bermusuhan dengan mereka. Sebaliknya ia lebih kepada usaha untuk menjadi satu pakatan yang kuat supaya jika ada pihak yang mempertikaikan hak orang Melayu, pemimpin Melayu boleh bangkit dan bersatu mempertahankannya.
Bagaimanapun adalah penting untuk pemimpin ketiga-tiga parti politik itu terlebih dahulu mendapatkan konsensus dan persefahaman sesama mereka mengenai usaha yang perlu dilaksanakan dalam menegakkan kepentingan Melayu agar ia tidak mudah diganggu oleh orang lain.
Dan jika ada yang cuba mempertikaikan mahupun memperlekehkan isu-isu tersebut, pemimpin daripada ketiga-tiga parti itu perlulah senada mempertahankan apa yang sememangnya menjadi hak orang Melayu.
Pemimpin-pemimpin Melayu perlu ada cara mereka sendiri dalam mempertahankan hak orang Melayu. Usaha itulah yang harus digerakkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan PKR sekarang demi survival orang Melayu.

lagi hal kerajaan negeri Selangor

"Ladang babi tidak guna wang kerajaan" Yaakob Sapari


Oleh Agendaselangor.com
Rabu, 16 April 2008


SHAH ALAM: Selangor tidak berganjak dengan keputusan meneruskan projek penternakan babi secara moden di Ladang Tumbuk, Mukim Batu dekat Sepang kerana beberapa faktor termasuk tidak menggunakan wang kerajaan negeri.
Projek itu juga bagi mengelak pencemaran alam sekitar dan wabak penyakit, hanya untuk bekalan tempatan serta bertujuan mengurangkan jumlah ternakan haiwan tersebut, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari.
Menurutnya, projek itu dijangka menjana pelaburan kira-kira RM485 juta dengan syarikat utama yang menyediakan ladang itu akan membelanjakan RM360 juta dan penternak pula melabur RM125 juta membabitkan nilai haiwan tersebut.
“Projek ini tidak menggunakan wang kerajaan negeri. Pengambilan tanah juga dibayar oleh syarikat tersebut. Kos loji biogas, kadang tertutup dan pemindahan teknologi semuanya ditanggung syarikat berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sebelum itu, beliau mengadakan majlis penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Selangor berhubung projek yang kini menjadi isu berikutan bantahan penduduk setempat.
Yaakob berkata, keluasan keseluruhan tapak projek itu hanya 337 ekar berbanding kawasan ternakan sekarang seluas 475 ekar.
“Jumlah semasa ternakan babi ketika ini adalah 257,521 ekor dan jumlah ini akan dikurangkan kepada 250,000 ekor sahaja di ladang ternakan moden yang dirancang ini,” katanya.
Katanya, keperluan daging bagi untuk Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah kira-kira 3,000 ekor sehari atau 300 tan manakala bilangan penduduk Cina di Selangor seramai lebih 1.3 juta orang.
Melalui ladang moden ini katanya, air kumbahan najis babi dan bahan-bahan buangan hanya akan dikitar semula di dalam kawasan premis ternakan dan tiada yang terlepas ke dalam system sungai atau resapan bawah tanah.
“Ini mengurangkan ke tahan minimum pencemaran bau. Kandag pula dilengkapkan dengan system penyejuk hawa sepenuhnya bagi mengelak tumbesaran, penyakit dan serangga,” katanya.
Menurut Yaakob, kerajaan negeri mengekalkan lokasi Ladang Tumbuk kerana tempat sedia ada paling teruk tercemar, tanah milik pengusaha sendiri, kawasan ternakan babi terbesar di Selangor serta kawasan hiliran dan menempatkan ramai penduduk Cina.

Masa untuk bekerja

Kerajaan Pakatan Rakyat akan laksanakan janji mengikut bidang kuasa - Mahfuz
Basiron Abdul Wahab Wed Apr 16, 08 1:39:30 pm MYT

JERANTUT 16 April (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berkata, Kerajaan Pakatan rakyat tidak mempunyai apa-apa masalah untuk melaksanakan janji yang terkandung di dalam manifesto pilihan raya Ke arah Negara Berkebajikan mengikut kemampuan dan kuasa kerajaan negeri.
Mahfuz berkata, apa-apa janji yang terkadung didalam manifesto pilihan raya lalu akan dilaksanakan seperti 'rebet' cukai tanah di Kedah, bekalan air percuma di Selangor dan sebagainya.
Perkara itu, jelasnya boleh dilaksanakan tetapi menurunkan harga petrol dan barangan keperluan tidak dapat dilakukan kerana bidang kuasa berkaitan perkara itu berada di tangan kerajaan Persekutuan.
Menjawab pertanyaan mengenai pendidikan percuma, beliau menjelaskan, isu berkenaan juga tidak dapat dilaksanakan kerana ia bukan berada di dalam bidang kuasa kerajaan negeri, bagaimanapun sebagai Ahli Parlimen beliau dan rakan-rakan ahli parlimen Pakatan Rakyat akan mendesak kerajaan Persekutuan memansuhkan hutang pinjaman Tabung Pendidikan Negara (PTPN) itu.
Mahfuz turut ditanya mengenai usaha membebaskan pemimpin Hindraf yang di tahan dibawah ISA serta Cuti Taipusam di Kedah.
Katanya usaha membebaskan semua tahanan ISA tetap menjadi agenda Pakatan Rakyat bukan setakat membebaskan lima pemimpin Hindraf tetapi semua tahanan ISA lainnya serta Akta itu dimansuhkan terus.
"Sebagai bekas tahanan ISA, saya merasai bagaimana penderitaan ditahan tanpa sebarang tuduhan, justeru kita bukan berjuang setakat membebaskan semua tahanan bahkan menghapuskan terus Akta ISA itu," katanya.
Menurut Mahfuz isu cuti umum Taipusam, beliau difahamkan perkara itu telah dibangkitkan oleh kaum India kepada kerajaan Kedah.
Mahfuz berada di Pahang kerana merasmikan penubuhan Kelab Penyokong PAS (India). Pada majlis itu Mahfuz menerima 150 borang menyertai kelab penyokong PAS (India) dari pengerusi penaja Balasubramaniam Nachiappan 50.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta pemimpin PAS negeri, kawasan dan cawangan. - mns