Monday, November 9, 2009

Baiah Orang PAS

PAS mempunyai rangkaian gerakerja dan pengikut lebih kuat dari UMNO, DAP , PKR atau parti lain.

Tanpa duit datang dari atas, semua pengikut PAS sanggup berkorban, hinggakan ada cerita/pengakuan baiah talak isteri jika lari dari perjuangan.

Itu bagi mereka yang anggap PAS bukan sekadar parti dan politik. Tetapi PAS sebagai Jamaah dan Gerakan Perjuangan Islam.

Tapi bagi ahli yang menganggap PAS sekadar parti dan politik semata-mata, perlu baca semula asas dan dasar perjuangan PAS.

Pemimpin boleh datang dan pergi, tapi asas dan dasar perjuangan tetap tidak berubah. Sebab PAS menjunjung dan mengikut asas dan perjuangan Rasul SAW.

Jika ada pemimpin atau orang PAS yang tersasar, maka itu antara dia dengan ALLah.

Bukan setakat isteri, malah hidup dan mati kita telah kita serah untuk Allah dan perjuangan Islam. Bukan kata baiah 5 tahun sekali, bahkan setiap hari sekurang-kurangnya 5 kali kita telah baiah depan ALlah Taala.

Ingat, Baiah kita depan ALlah.

Thursday, October 29, 2009

jom sambung kerja

harap blogger sudah-sudah la komen-komen mengarut ..

berkenaan mesyuarat pemimpian PAS tu, rasanya PAS kena balik asal.. mengarut jugak dok layan isu ni..

PAS kena hidup atas pendirian tegas..

Samada kawan atau lawan, PAS hanya perlu bersama jika Hukum Islam dihormati..PAS bukan bangsat sangat kemaruk kuasa..

sejak 1955..orang PAS dah berjuang... nak tambah lagi 100 tahun pun aku tak rasa jadi isu..Yang penting kerja Islam dan dakwah terus berjalan..

Nabi Lut A.S pun beratus-ratus tahun berdakwah..

Kalau tak paham gak..tengok mcm tabligh ..lantak la apa orang nak kata.. dia tetap jugak dengan kerja sunnah .. bab dia tak join politik tu hal lain la...

Elok PAS pun buat mcm tabligh juga.. pergi rumah ke rumah.. ajak kepada Islam dan Ketuanan Islam.. Ajak solat dan ke masjid... buat la yang lebih advance dari tabligh ..

Aku rasa itu modus operandi yang lebih baik...

rasionalnya, jika semakin ramai orang dekat pada Islam, buat kerja ikut Islam..memerintah ikut Islam, maka otomatik sekular tu terhapus...

akhir kata... jangan dok berbalah.. buat aja la kerja dakwah .. lantak la orang atau parti lain nak kata apa pun...

Tuesday, October 27, 2009

Akademi PAS (ILHAM)

mungkin juga sudah masanya TGNA, TGHA membuat keputusan dan tindakan paling drastik..

saya tidaklah arif dan pakar untuk memberikan idea buat tok guru yang lebih pakar dan arif..

namun, sebagaimana tulisan TGNA dalam blognya, bahawa PAS sepatutnya lebih awal mengadakan EGM berbanding mana-mana parti dalam BN,

maka TGNA juga sepatutnya memperkasakan Akademi PAS atau ILHAM lebih
dahulu sebelum Che Det menubuhkan yayasan dan akademi perdananya...

lebih mudah untuk semua berguru tanpa risau pengaruh atau kesan politik....

maaf, saya sekadar menyambung idea TGNA juga...

Antara kemelut di Perak dan kelulut dalam PAS


terdapat persamaan bagi kedua-duanya.. iaitu permainan dan sepak terajang politik tanahair yang didominasi oleh pemerintahan rejim 1Malaysia..


tidak ada jalan mudah dan pintas untuk menegakkan Ketuanan Islam.. jangan sampai mana-mana pihak bertindak seperti golongan hasasin..kini menjadi terma antarabangsa..asasin..

(sama seperti terma amuk yang juga diterima umum)


namun, sewajarnya usaha dibuat mengikut suasana dan keadaan setempat.. tentu tidak boleh disamakan usaha mendaulatkan Islam di Iran atau Pakistan berbanding Malaysia..


semoga sekalian pejuang Islam tidak jemu dan putus asa dengan cabaran yang mendatang.. Kita bukan yang menjadi peneraju, juga bukan penutup perjuangan ini.


kita hanya mata rantai perjuangan yang akan terus menerus hingga hari akhirat.. tak perlu ditentukan bila deadline perjuangan ini.. kalah atau menang, senang atau susah.. teruskan sahaja kerja dan perjuangan...

Thursday, October 15, 2009

Terus kerja

perjuangan perlu diteruskan...
soal menang kalah pilihan raya, bukan jadi isu ...

ini peringatan khusus pasca pilihanraya kecil bagan pinang..

ramai pejuang Islam kadang-kadang lupa dan silap..

pilihanraya bukan hanya medan terbuka untuk menukar kepimpinan,
tapi ruang dan peluang untuk berdakwah secara bebas dan terbuka..

berapa ramai yang rajin sangat berjalan dari lorong ke lorong,
di estet-estet yang penghuninya majoriti bukan Islam, jika bukan
sebab kempen pilihanraya??

apa yang penting, disamping isu politik, kerja dakwah dan bercakap
soal Islam dapat dilakukan secara terbuka..

kalau pun tak mampu keluar 7 hari, 40 hari atau 4 bulan sekali pun,
dapat keluar 5 tahun sekali, atau setiap kali pilihanraya kecil jadi la..

apa yang penting, ambik peluang ke rumah-rumah bukan Islam..
ceritakan tentang Islam, kepimpinan Islam, Rasul SAW...

semoga Islam terus gemilang..

Tuesday, September 8, 2009

mengarut betul

mengarut betul budak indon ni.. dasar anjing nasrani ..

heran, siapa la kat Malaysia ni teringin sangat hal tari-menari,
nyanyian mengarut zaman jahiliyah tu .. lagi elok amal selawat
nabi.. ciplak dari Nabi SAW dan Para Sahabat Nabi..

Lagi bagus dan dapat ganjaran amalan sunnah...

lagipun hal terbitan discovery channel tu tak ada
kena mengena pun dengan Malaysia..

cuma, kalau la betul ada kena mengena dengan Malaysia, apa masalahnya??

Seperti aku ni, anak banjar, saudara mara aku masih ramai di banjarmasin..
baru saja 2 bulan lepas bapak sedara aku datang ziarah saudara mara kat sini..

Mak aku pula keturunan Minang.. lama aku tak jumpa pak sedara aku
sejak atuk meninggal.. dulu dia datang pun sebab ziarah atuk aku..

tu tak kira lagi sedara mara aku kat Felda Suharto.. tu pulak Jawa, adik
beradik jawa nenek aku (sebelah ayah)

kemudian, wife aku pun anak bugis .. secara kebetulan ..sama-sama sekapal
agaknya datuk nenek dulu ...

jadi kalau aku nak amal budaya banjar, jawa, bugis, atau minang,
maka aku ada hak ... bukan takat budaya, harta benda pun boleh tuntut..

sebab aku juga waris sah keturunan atuk nenek aku di Banjarmasin..
bahkan, yang di sana berharta pun dari hasil kerja diorang di sini..

Monday, September 7, 2009

belum habis lagi??


nampaknya belum habis lagi cerita orang seksyen 23 .. bukan semua, tapi berkenaan hero kepala lembu.. yang terbaru, turun taraf sikit... bakal jadi geng kambing hitam demi meraih undi 1Malaysia menjelang PRK Bagan Pinang..


kalau ikut google map, banyak lagi ruang kosong dan sesuai.. paling koman, tepi sungai la ..(kelmarin boss besar sami dah bising.. asyik tepi sungai aja..).. bukan apa, supaya tidak menggangu kawasan kediaman majoriti setempat..


rasanya surau atau masjid juga tidak dibina di estet yang ada 8-9 orang melayu Islam.. jadi bersikap rasional dan adil la .. kawan-kawan cina pun tak ada yang bina tokong di kawasan melayu ..


kalau istilah bisnes, buat apa buat bisnes di tempat yang tiada customer ..?