Kerana ALLah

Tuesday, February 16, 2010

Terus ke hadapan

Senario semasa negara tidak banyak memberi ruang untuk semua asyik politiking.

Ini adalah saat genting untuk menguatkan jentera segenap peringkat dan meningkatkan usaha demi kebajikan dan kepentingan rakyat seluruhnya.

Bagi ahli atau pimpinan yang tak sudah dengan polemik politiking, RS harap jika ada pemilihan terdekat, apa juga peringkat, elok ditukarkan. Fokus kepada yang kerja kuat untuk jentera parti dan buat kebajikan untuk rakyat.

Untuk yang masih hangat, isu di Perak.. RS lihat ini ruang dan masanya untuk jentera PR dierat dan diperkuatkan. Biasanya semua mudah disatukan waktu 'susah'..maka satukan semua.

Bagi Jentera dan semua Adun/MP PR, buktikan PR ada master plan untuk pembangunan dan kemajuan negeri. Setiap plan yang dibuat hendaklah diterjemah atas kertas dan buat pembentangan rakyat dan negeri. Biar rakyat jelas tentang master plan pembangunan PR. Ini adalah ketelusan dan tidak ada kena mengena dengan kerahsiaan.

Buktikan PR bukan berjuang kosong. Sekiranya permohonan dan pembentangan ditolak atau tidak diterima, itu bukan persoalannya. Tapi itulah kerja dan usaha yang akan dibuat PR jika kuasa tidak dirampas BN.

RS minta PR bentangkan plan berkaitan pembangunan pendidikan rakyat, terutama melibatkan sekolah agama/ maahad persendirian. Ini adalah kategori khusus memandangkan BN pun ura-uranya nak tubuhkan Kolej Tahfiz...sebelum ke 'Kolej' , kita perlu tengok sejauh mana usaha untuk peringkat rendah dan menengah.. PR perlu bangkitkan kelulusan terdahulu untuk pembangunan 18 sekolah/pondok persendirian. Desak DSZ supaya jangan lengahkan benda baik. Ini untuk anak melayu dan Islam juga.

Seterusnya culaan taraf hidup penduduk. Ini kerja jentera peringkat bawahan. Kena jelas senarai penduduk yang miskin di setiap kampung. SEnaraikan dan hantar salinan kepada semua agensi yang terlibat, MELALUI Adun PR atau DSN(selaku proksi kerajaan digulingkan).

PR kena buat kerja. Jika memang dah buat, maka rancakkan lagi. Bagi RS, beban kerja Jentera PR dah kurang sebab tugas pentadbiran dan dibolot/dirampas BN. Rakyat dah tak boleh salahkan PR kalau kebajikan mereka terabai. Ini masa yang baik untuk buat kerja separuh sahaja.

RS cakap macam tu sebab bukan senang buat 2 kerja dalam satu masa. Kerja untuk jentera parti, kerja untuk kerajaan.. Kalau dapat elaun atau sapu tender macam puak perampok tu lain la.. tapi ini kerja sukarela yang kena korbankan masa dan ongkos sendiri..letih yob.. hanya mengharap dikira sebagai Amal Jariah di sisi ALLah Taala.. (tak tau la pulak kalau ada jentera PR di tempat lain yg ada RM masyukkk...)

No comments: