Kerana ALLah

Thursday, February 11, 2010

cerita kulit

INI KENYATAAN DSN:
Kelmarin, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menuntut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka dibenar menggunakan kemudahan dewan orang ramai untuk aktiviti, selain tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input untuk kepentingan rakyat Perak.

Di samping itu, pembangkang mahu peruntukan disalurkan kepada wakil rakyat mereka untuk memudahkan pihak berkenaan menjalankan aktiviti di kawasan masing-masing.

respon:
banyaklah cengkadak dan mangkuk kata DSN tak boleh letak sebarang syarat.. bagi RS, tuntutan DSN adalah tuntutan HAK .. apa punya bengong jika Adun PR tak boleh guna Dewan Orang Ramai, Tak boleh hadir mesyuarat j/kuasa tempatan, Tak boleh terima peruntukan... bengong apa ...??

Lebih baik cengkadak dan mangkuk tu kata, memandangkan Adun PR tak boleh terima semua hak mereka sebagai Adun, maka DUN mereka juga tidak akan dikenakan cukai etc... sebab fair & square... tak ada debit, maka tak ada kredit..

Ini tidak, segala cukai dan hasil mahsul nak kutip, tapi hak orang tak nak bagi .. maka tak jauh beza sangat la dengan penyangak.. cuma versi moden yang bertopengkan perundangan.. asal penyangak, penyangak juga... cuma untuk DSN, apa sangat diharap pada penyangak...

No comments: