Kerana ALLah

Tuesday, May 5, 2009

kenyataan balas TGNA

Gandingan ulama, profesional terajui gerakan Islam - Nik Aziz
Lanjusoh Tue May 05, 09 6:51:26 pm MYT


KOTA BHARU, 5 Mei (Hrkh) - Tidak sepatutnya berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional memandangkan dua kelompok tersebut menerajui gerakan Islam di mana sahaja sekarang.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya penjajah barat sahaja yang sengaja mengasingkan kelompok-kelompok tertentu seperti memisahkan antara agama dan politik.

"Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik.
"Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Oleh itu beliau berkata, golongan ulama dan profesional merupakan orang yang sama dalam menerajui gerakan Islam dewasa ini. "Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama wujud gabungan antara ulama dan profesional yang mempunyai asas agama. "Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini," ujarnya.

Ditanya takrifan ulama hanya mereka yang mendapat pendidikan formal dalam bidang agama katanya, itu merupakan fahaman lama ketika agama Islam baru masuk ke Tanah Melayu.

komen:
rs menyokong penuh komen balas TGNA
isu Ulama vs Profesional ni sengaja dijadikan
isu media umeno-bn sebagai propaganda dan
tujuan melaga-lagakan.

sedang hakikatnya, samada di cawangan atau
kawasan, tiada isu pun.. pakat tolak jawatan
tu ramai la.

yang jelas dan nyata, umeno-bn memang
cukup jahil dengan sistem dan suasana yang
ada dalam PAS.

dek terlampau lama berkubang dalam lubang najis,
sampai tak tahu bahawa ada tempat lain yang jauh
lebih elok dari lubang najis umeno..

malang sungguh umeno dan sekalian ahlinya..
dah la jahil, spesis bodoh sombong pulak tu ..

nak diajak sombong, nak diikut merosakkan diri..
hakikatnya, sapa-sapa yg masuk umeno mesti
jadi makin teruk..kalau asal tudung labuh, jadi
tudung singkat..yg tak pernah karaoke, dah pandai
karaoke..

No comments: