Kerana ALLah

Monday, May 11, 2009

Fasa Baharu Politik Perak

Politik Perak memasuki Fasa Baharu apabila Datuk Seri Nizar
diistiharkan sebagai MB yang SAH.

Fasa ini bermaksud umeno-bn akan menggunakan kaedah lebih
dahsyat, setaraf dengan gelaran si pembawa C4..

Apa yang penting, Jentera PR perlu bersedia untuk menjalankan
amanah dan gerakerja masing-masing.

Dalam konsep perjuangan di Malaysia, Jihad yang utama adalah
menyebarkan kesedaran akan kesyumulan perjuangan Islam yang
dipikul oleh PAS.

Tunjukkan bagaimana segala usaha dan kerja yang dilakukan adalah
demi perjuangan dan kelangsungan kedaulatan Islam.

PAS boleh bergerak dan berjaya selama ini tanpa dokongan mana-mana
kerajaan, pusat atau negeri di Perak. Bahkan kemenangan PAS di Perak
juga merupakan satu fasa mematangkan PAS di Perak.

Bukan sekadar program, bahkan gerakerja kebajikan dan penerangan perlu
terus dilakukan, samada dgn kapasiti dalam kerajaan atau tanpa kerajaan.

Cuma bezanya tekanan sahaja. Tanpa kerajaan, tekanan sememangnya telah
biasa PAS lalui selama ini. Dengan adanya posisi dalam kerajaan negeri,
maka boleh la tingkatkan kelajuan gerakerja.

Apa yang penting, semua saling insaf bahawa mendapat kemenangan cukup
payah, tapi mempertahan dan mengisi kemenangan adalah cukup perit ...

No comments: