Kerana ALLah

Sunday, May 3, 2009

Alim vs Ulama

Apakah ada bezanya alim vs ulama ?
Harap yang fakih bahasa arab boleh menjelaskan.

Namun bagi roslisalem(rs), tidak timbul isu ulama atau
tidak dalam kepimpinan.

Apa yang penting, alim dan fakihnya seseorang itu dalam
hal dan urusan yang dipertanggung jawabkan.

Dalam soal kepimpinan PAS contohnya, apakah yang menjadi
justifikasi ulama dan kepimpinan ?

Apakah syarat dan kriteria yang menentukan taraf atau
ulama'nya seseorang?

Bagi rs, cukuplah sekadar pemimpin itu fakih dalam hal agama,
seterusnya fakih juga dengan segala hal dan sepak terajang politik
umeno-bn di Malaysia, serta boleh membimbing arus politik antarabangsa.

PAS perlu jelas siapa yang mampu menghadapi permainan dan kejahatan
politik umeno-bn untuk dilantik sebagai pemimpin. Belum tentu yang
berdekad-dekad menadah kitab itu fakih urusan politik negara, melainkan
fakihnya dia dalam ilmu yang dipelajari.

Dalam membawa misi PAS FOR ALL, pemimpian yang dilantik juga
perlu jelas situasi warga yang menanti dakwah dan risalah Islam.

Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Yang nak didakwah tak dapat, yang dah bersama kita pula lari.

Banyak sungguh teladan seerah rasul yang perlu digali agar pemilihan
pemimpin PAS menepati tugas menyambung risalah dakwah Rasul SAW.

No comments: