Kerana ALLah

Thursday, October 9, 2008

web rakansiswa.com



isu ini diceritakan dalam tranungkite.net

inilah akibatnya walau Malaysia sudah merdeka lebih 50 tahun, tapi kerja dakwah lembap, bahkan situasi lebih membimbangkan berbanding sebelum merdeka.

sebelum merdeka, memang amalan agama Islam lemah, tapi akidah umat Islam cukup kuat, mungkin ini sebagai pendinding antara rakyat dengan penjajah.

namun selepas merdeka, kelekaan umat berdakwah menyebabkan penjajah lebih mudah memporak-perandakan akidah sebab ianya dilakukan oleh anak watan sendiri.

sekalian umat Islam yang belajar tentu cukup faham tentang Islam dan Kristian.
namun ini ada sedikit komentar saya ,lebih ditujukan untuk umat Kristian.


Dari zaman Adam, Daud (David?), Yaakub (Jacob?), Musa (moses?), Sulaiman (solomon?), hinggalah kepada Isa (yesus?), semuanya membawa risalah Aqidah mengEsakan ALlah Taala. Penggunaan (?)bermaksud apakah kristian mengakui persamaan ini? Bahkan secara demografi dan geografi pun mereka dari kawasan yang sama, iatu timur tengah.

Setiap zaman diturunkan kitab, Daud(Zabur), Musa(Taurat), Isa(Injil/Bible?) dan diakhiri dengan Al-Quran(Muhammad). Kitab-kitab ini diturunkan membawa aqidah yang sama, iaitu menyembah ALLah Taala, tetapi syariat yang berbeza. Perbezaan Syariat/Amalan ini disesuaikan dengan zaman dan ketamadunan umat manusia.

Namun, sekaliannya dirangkumkan dengan Al-Quran. Sebagaimana Hidup Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Dari saat kelahiran, tumbesaran, kehidupan, perkahwinan, pendidikan, ekonomi, perdagangan, sehinggalah aspek peperangan dan pentadbiran negara juga diajar, sama ada secara teori Al-Quran dan praktikal AsSunnah.

Tiada percanggahan, tetapi suatu evolusi..dari Zabur hinggalah ke Al-Quran. Besar sangat harapan saya agar umat Kristian memahami hakikat ini, supaya ilmu dan kefahaman mendalam mereka pada Bible itu akan membawa mereka untuk beriman dengan Al-Quran ..kerana pengajian, pengajaran dan kemuncak Bible itu kesudahannya akan bertemu juga dengan Al-Quran.

Al-Quran tidak menghukum mereka ini sebagai golongan salah, tetapi lebih dianggap sebagai golongan tersesat atau engkar. Kesesatan berpunca dari permainan dan manipulasi golongan berkepentingan, manakala keengkaran disebabkan ego dan sikap tidak mengakui hakikat Kenabian Muhammad SAW hanya kerana baginda bukan dari golongan bani Israel. (namun satu yang tidak dapat dinafikan Isa (yesus) juga dari Bani Israel, tetapi mengapa wujud agama Kristian, sepatutnya mereka menpunyai agama yang sama dengan keturunan bani Israel-Yahudi??)

Bagi saya tersesat, kembalilah ke pangkal jalan, berimanlah dengan Al-Quran..Bagi yang engkar, sedarlah..kita hanya hamba ciptaan-Nya..apa daya dan hebatnya kita untuk engkar panduan dan peraturan yang ditentukan-Nya..janganlah menzalimi diri sendiri sedang kita semua mencari sinar bahagia untuk kembali kepada-Nya.

1 comment:

Rakan Jesus said...

Jika kita ‘Google’ kalimah ‘rakansiswa’, selain daripada menemui laman RakanSiswa.com di http://rakansiswa.com/, kita juga akan ketemu dengan begitu banyak rungutan umat Islam khususnya di Malaysia tentangnya.


Laman tersebut memang boleh mengelirukan sebahagian umat Islam terutamanya golongan muda. Kita tidak nafikan hak penganut agama lain untuk membina laman web mereka tetapi biarlah kena dengan caranya. Dengan menggunakan bahasa Melayu, menggunakan nama ‘Rakan Siswa’, cuba mengaitkan nama ‘Allah’ dengan Jesus Christ, kalimah ‘Alkitab’ kepada Bible, kalimah ‘Injil’ kepada Gospel dan sebagainya membuatkan laman itu memang boleh mengelirukan walaupun mungkin niat mereka tidalah begitu.



Apa yang saya perhatikan, iklan laman itu begitu mendapat tempat (ataupun diberi tempat?) hinggakan ia selalu saja menyelit di laman-laman yang ‘beriklan percuma’ termasuklah di blog saya. Sefaham saya juga, mereka menerima kunjungan yang tinggi pada setiap hari.



Dengan itu, dakwah Tajdid Segar mula bertindakbalas dengan mewujudkan sebuah blog bertajuk ‘Menilai Semula Rakansiswa.com’ di http://dakwahrakansiswa.blogspot.com/ . Tujuan utama laman ini diaktifkan ialah sebagai pengimbang kepada maklumat-maklumat yang ada di web Rakansiswa. Diharapkan umat Islam yang melayar ataupun terlayar laman itu dapat menjadikan blog ‘Menilai Semula Rakansiswa.com’ sebagai ‘firewall’ sebelum terkeliru ataupun sebagai ‘antivirus’ sekiranya sudah mulai keliru.



Buat masa ini, cara blog baru ini berfungsi ialah dengan menolak apa yang salah daripaad Rakansiswa.com menggunakan hujah-hujah akal dan daripada sumber-sumber ajaran Kristian sendiri. Strateginya- supaya mereka yang di sana dan para peminat mereka mahu membaca dan menilai pegangan mereka selama ini. Kemudian barulah sedikit demi sedikit akan dimasukkan sandaran-sandaran aripada sumber-sumber Islam. Jika sedar awal kita letak maksud ayat-ayat suci al-Quran dan hadis di sana, pengalaman menunjukkan mereka akan terus mengelak daripada membaca kecuali segelintir yang sangat kecil jumlahnya.



Adalah diharapkan dengan sebesar-besar harapan agar para pelayar Muslim tolong mempromosikan blog ‘Menilai Semula Rakansiswa.com’ ini dengan apa cara yang mampu. Usaha anda pastinya menambahkan kasih sayang Allah SWT.