Kerana ALLah

Wednesday, September 1, 2010

Remaja dan pendidikan seks

Mutakhir ini negara kecoh membincangkan soal pembuangan bayi dan isu pendidikan seks di kalangan remaja. Bagi RS, isu ini adalah kesan kepincangan pendidikan anak-anak.

Semua anak-anak muslim di Malaysia ini perlu mengikuti pendidikan/kelas asas fardu ain, sama ada pagi atau petang sewaktu sekolah rendah. Di peringkat anak-anak masih kecil, kita memberi fokus dan jagaan yang agak seimbang.

Namun, menjelang usia remaja dan mula akil baligh, anak-anak di sekolah menengah tidak lagi dihantar untuk menyambung KELAS LANJUTAN FARDU AIN.. sedangkan ketika inilah anak-anak perlu dipersiapkan untuk menjadi bapak atau emak budak.

Realitinya, naluri syahwat akan membuak sewaktu usia remaja, sedangkan pendidikan dan persediaan diabaikan oleh semua pihak. Apa yang difikirkan adalah untuk menjadi atlet, artis dan jagoan bagi mengharumkan negara, kununnya..lalu lahirlah generasi matang fizikal, namun naif pemikiran.

Kelas seumpama KAFA perlu diwujudkan untuk membendung kepincangan ilmu dan didikan anak-anak. Disamping itu, yang penting anak-anak akan meneruskan kelas/pendidikan sama dengan waktu pejabat. Dengan kata lain, pergi sekolah sama dengan ibubapa yang pergi kerja, dan balik sekolah sama dengan ibubapa yang balik kerja.

Bagi anak-anak sekolah pagi, sela masa antara 1.30 tghri hingga 6.30 petang adalah cukup lama dan bahaya jika tiada pengisian sewajarnya. Usaha ini tidak semestinya dilakukan di sekolah, tetapi boleh digerakkan melalui peruntukan majlis agama dan masjid-masjid.

Jadikan ianya pendidikan wajib sama seperti sekolah. Maka setiap kedatangan diambil, ada modul berterusan dari tingkatan satu hingga tingkatan 5. Ada guru yang bergaji dan berjawatan tetap. Di situlah perlunya dihabiskan duit zakat. Untuk pendidikan, bukan untuk sambutan demi sambutan acara-acara membodek golongan atasan dan istana.

Perkara ini telah RS bincangkan dengan ibubapa di surau/masjid. Cuba bayangkan, apalah yang dibuat anak-anak pada sela waktu 1.30tghri-6.30petang? bukan hari-hari ada aktiviti di sekolah. Kawan-kawan lain termenung. Bukan semua boleh menjaga diri pada sela waktu tersebut, tambahan pula dengan ledakan gelombang internet dan sebagainya. Paling baik pun, akan melepak di cybercafe main game sementara mak ayah belum balik kerja..

No comments: