Kerana ALLah

Thursday, December 24, 2009

komen untuk media pro BN

konvensyen PR baru sahaja berlalu.. suatu detik kesinambungan kerjasama dan pakatan membela kesejahteraan kehidupan rakyat..

namun seperti mana biasa media pro-Bn akan memainkan alunan dan dakyah songsang.. mengungkit terhakisnya kuasa, hak dan keistimewaan melayu .. kononnya, apabila bersatunya PAS-DAP-PKR, maka ranaplah masa depan melayu...

dakyah songsang berterusan yang dicanang akhirnya menjadi wirid dan zikir ahli umno , terutama di kampung-kampung...

walhal, hakikatnya sejak merdeka sehingga tarikh komen ini ditulis, belum pernah sehari pun dasar dan akta yang diluluskan di parlimen dibuat oleh pakatan rakyat atau pembangkang, melainkan semuanya angkara Menteri Kabinet dan Kuasa Majoriti BN di Parlimen..

alunan kehilangan kuasa dan keistimewaan melayu dan raja-raja telah lama dikikis dan dilanyak oleh pemimpin UMNO silih berganti.. DEB sekadar dasar menjadikan kroni kaya, sedangkan tiada bezanya orang bukan UMNO berbanding dengan Non-Bumi..

bila pula pas-pkr hakis kuasa dan imuniti raja-raja, sedangkan sudah terang lagi bersuluh, Dr.M dengan sekalian juak-juak BN dalam parlimenlah yang mengikis kuasa dan imuniti raja-raja.. apa yg Sultan Idris boleh buat bila bapak Tajol Rosli dulu tak mahu lepaskan kuasa.. siri yang hanya diulang semula oleh Ir Nizar ?

RS memang tak pernah nampak sebarang tindakan pas yang telah mengikis kuasa dan imuniti raja-raja melayu, melainkan semuanya akibat kerakusan umno sendiri.. contohnya, sultan mana lebih berkuasa di tanah melayu ketika ini, berbanding sultan kelantan .. bukan kata soal agama Islam, nak jual tanah pun hanya mesti sesama anak kelantan..

Ibarat spring yang melenting akibat ditekan kuat, maka segelintir penyokong pas yang marah mungkin sedikit agresif di jalanan.. tapi itu hanya refleks otomatik yang terpencil tanpa ada sesiapa merancang.. contoh berbaring di jalan semasa demostrasi.. tak siapa merancang, tak siapa suruh..

Namun demikianlah mainan media untuk menimbulkan persepsi buruk pada pas.. RS samakan sahaja dengan tindakan pihak yang burukkan Islam dengan fokus pada golongan tertentu.. sekadar kaitkan Islam dengan Keganasan.. Maka, PAS juga sama dengan keganasan kerana mengaitkan Islam dalam urusan politik..

No comments: