Kerana ALLah

Sunday, December 27, 2009

Cabaran menjelang 2010


Gerakan Islam, samada melalui PAS atau apa juga nama, perlu bekerja sesungguhnya untuk Islam. Tiada istilah rehat atau bercuti. Samada menerusi alam nyata atau maya.

Kita gembira melihat pendokong perjuangan Islam secara berbondong-bondong bekerja untuk Pilihanraya ke 12. Bermula mempersoalkan kesahihan Islam Hadhari, sehingga rebahnya regim bapak mertua khairy.

Kerja untuk Islam bukan sekadar untuk PAS atau untuk pilihanraya. Para blogger berjiwa Islam agak 'slow' atau 'relex' ketika ini. Mungkin menunggu musim pilihanraya.

Sepatutnya, para blogger pendokong Islam bergerak terus, tanpa henti. Sebagaimana sunnah yang ditunjuk oleh Rasul SAW dan diteruskan oleh para sahabat.

Di saat gerakan kufar dan munafik tidak berhenti, amat malang jika para pendokong Islam sekadar rehat dan gelak melihat geng usung kepala lembu atau geng20 yang berdemo dua tiga hari lepas.

Mungkin nampak tak ada apa-apa, tapi setidak-tidaknya mereka juga bekerja dan berusaha. Soal berjaya atau tidak, mereka akan teruskan.

Persoalannya, kita yang konon berjuang untuk Islam.. sejauh mana Islam diterapkan dalam kehidupan, rakan-rakan.. tak kiralah rakan parti politik, rakan pejabat, rakan blogger..

Mungkin ulasan RS ini berkaitan kawasan atau cawangan PAS tertentu. Maka diharapkan sindrom rehat dan gelak ini tidaklah berlaku di kawasan atau cawangan lain.

Jadi, untuk para blogger juga, kembalilah bekerja.. ungkapan lama usrah dulu-dulu..."kebenaran yang tidak terancang akan ditewaskan oleh kebatilan yang terancang".. itu pesan masa usrah dulu-dulu la.. tak tahulah kalau sekarang sudah tukar.. mungkin kebenaran yang berehat-rehat akan menewaskan kebatilan yang bekerja keras....

No comments: