Kerana ALLah

Sunday, November 29, 2009

Kolonel Mat & Doa laknat

RS geleng kepala baca komen pak menteri .. bag RS, samada memang diorang ni bodoh bangang atau sengaja nak memperbodohkan pembaca akhbar media utama negara..

TGNA sebut kolonel mat ni hal lama.. dia pun malas nak hurai.. cuma sebut supaya sekalian penyokong dan pendokong PAS hati-hati.. benda buruk di sejak zaman nabi dah ada.. Abu Hurairah yang simpan senarai munafik zaman nabi tersebut. Adalah seorang dua macam abdullah bin ubay yg semua dok ulang...

Begitulah halnya juga PAS ni.. bagi RS, tak timbul soal perpecahan, sebaliknya generasi pelapis abdullah bin ubay tetap wujud dalam mana-mana juga gerakan perjuangan Islam. Sebab itu pejuang Islam disuruh berpegang pada Al Quran dan Sunnah. Pemimpin boleh datang dan pergi, namun AlQuran dan Sunnah tetap tidak berubah.

Lucu juga bila ulamak tempatan sibuk ulas hal doa laknak TGNA. Pelik sanggatkah, sedangkan semua alim-ulama dok sebut doa golongan teraniya akan dimakbulkan Allah Taala. Siapakah yang boleh menilai golongan teraniya ? Orang luar atau Mangsa ??

Adakah para alim ulama luar kelantan atau rakyat kelantan yang menjadi mangsa ? Apakah jika wang yang kita harapkan untuk kegunaan harian, dirompak terang-terangan, maka berdiam diri sahaja? setidak-tidaknya tentu kita mohon agar perompak itu dibalas sewajarnya oleh ALlah Taala..

RS berharap sangat kepada sekalian alim ulama, tolonglah.. jangan buat ulasan hanya bersandarkan berita fasik di akhbar-akhbar utama (RS- fasik sebab terus-menerus memfitnah- dah berapa kali kalah kes saman-jelas sengaja dan berterusan buat fitnah).

RS tidak berasa tulisan ini mempertahankan TGNA, tetapi sekadar pelik dengan ulasan sekalian pak menteri dan alim ulama di akhbar media utama negara. Takkan mereka bodoh, tapi kalau nak memperbodohkan pembaca, itu mungkin....

No comments: