Kerana ALLah

Monday, November 9, 2009

Baiah Orang PAS

PAS mempunyai rangkaian gerakerja dan pengikut lebih kuat dari UMNO, DAP , PKR atau parti lain.

Tanpa duit datang dari atas, semua pengikut PAS sanggup berkorban, hinggakan ada cerita/pengakuan baiah talak isteri jika lari dari perjuangan.

Itu bagi mereka yang anggap PAS bukan sekadar parti dan politik. Tetapi PAS sebagai Jamaah dan Gerakan Perjuangan Islam.

Tapi bagi ahli yang menganggap PAS sekadar parti dan politik semata-mata, perlu baca semula asas dan dasar perjuangan PAS.

Pemimpin boleh datang dan pergi, tapi asas dan dasar perjuangan tetap tidak berubah. Sebab PAS menjunjung dan mengikut asas dan perjuangan Rasul SAW.

Jika ada pemimpin atau orang PAS yang tersasar, maka itu antara dia dengan ALLah.

Bukan setakat isteri, malah hidup dan mati kita telah kita serah untuk Allah dan perjuangan Islam. Bukan kata baiah 5 tahun sekali, bahkan setiap hari sekurang-kurangnya 5 kali kita telah baiah depan ALlah Taala.

Ingat, Baiah kita depan ALlah.

No comments: