Kerana ALLah

Thursday, August 27, 2009

tarbiyah dan hikmah

liku perjuangan Islam tidak semudah yang kita fikirkan.
namun sekalian pejuang silam kuat kerana tarbiyah dan hikmah.

apa erti tarbiyah, apa makna tarbiyah ? biar sama-sama kita ajukan
pada sekalian alim dan ulama.

namun sudah pasti ianya tidak sama dengan liberal dan toleransi..

umum hari ini bercakap soal tarbiyah dan hikmah untuk berdakwah.
namun nadanya berbau liberal dan toleransi ..

telas jelas sempadan antara Islam dan kafir, antara iman dan kufur..
antara halal dan haram, antara suruhan dan larangan..

lalu apa lagi yang susah sangat.. Malaysia telah merdeka 52 tahun..
sekalian kafir sudah sedia maklum sensetifnya umat Islam pada arak,
judi, babi dan anjing..

namun, disebabkan seekor dua melayu yang mengaku Islam, yang mencari
kekayaan dunia semata-mata, lalu keluarlah pelbagai pemikiran dan alasan,
khusus semata-mata, menghalal yang haram, atau setidak-tidaknya harus kat
sini, harus kat sana.. usah diungkit halal atau haram..biar harus sudah la..

seekor dua melayu mengaku Islam ini juga menjadi fitnah kepada umat Islam..
"aiya, itu melayu pun ada minum" , "itu melayu pun ada tikam nombor",
"itu melayu pun makan babi"... lalu mereka yang tidak Islam mula berkira-kira,
betul ke Melayu Islam haram untuk meneguk arak, makan babi, tikam ekor ??

lebih dari itu, mereka mula mempersoalkan Islam dan Murtad, Nikah, Poligami,
bahkan berani juga mempersoalkan hal faraid dan pusaka..

kerana apa?

kerana adanya seekor dua melayu Islam yang menggunakan alasan tarbiyah
dan hikmah, sedangkan hakikatnya liberal dan toleransi songsang.. lebih merisaukan,
apakah seekor dua ini sebenarnya kaldai suruhan yahudi dan nasrani ???

No comments: