Kerana ALLah

Monday, August 10, 2009

Gelombang Serangan

Nampaknya suasana politik tanahair masih bergelombang, sejak BN-Sarkas (kata sudin)
tersadung & tersembam pada Mac 2008 lantaran terlalu lama berjalan mendongak langit.

Media Perdana yang menjadi balaci Sarkas ini juga bijak mencipta pelbagai sensasi di media,
hasil menuntut dari Yahudi Laknatullah, umpama Zahid mengadap laknat Yahudi di Perancis
baru-baru ini.

Harapan dan Hasrat menggunung Tok Najib merampas kembali Selangor tidak boleh
dipandang enteng, kerana rejim C4 ini tidak mengira batas peraturan dan undang-undang.
Apa juga akan dibuat, membujur lalu, melintang patah.

Jadi seharusnya Pakatan Rakyat juga perlu berwaspada. Jangan sentuh dan ganggu status quo
dan sensitiviti masing-masing. Sebagaimana Umat Islam tidak pernah sibuk hal tokong, kuil,
perarakan thaipusam, maka jangan disentuh hal arak, babi dan anjing yang nyata sensitif bagi
umat Melayu Islam.

Jangan hanya kerana Arak, Babi dan Anjing, maka runtuh kerjasama dan pakatan untuk
membina negeri dan negara berkebajikan.

Fokus sahaja kepada kerja, dan ikut aja la 'buku'..

No comments: