Kerana ALLah

Monday, January 11, 2010

Usaha dan kerja sebenar

Gerakan Perjuangan Islam negara ini sering kali dilekakan dengan isu dan mainan politik semasa. Daripada menggerakkan kerja dan pemikiran untuk dakwah, lebih banyak dihabiskan dengan hal yang sengaja ditimbulkan/diabaikan.

Isu nama ALlah sepatutnya tidak timbul jika akta percetakan dipinda dengan dimasukkan ayat/perkataan larangan khusus. Seperti mana akta cukai yang sentiasa dipinda saban tahun, apakah menjadi kerumitan benar untuk selitkan sedikit perkataan larangan tertentu. Pindaan akta tidak memerlukan suara 2/3, cukup sekadar majoriti 1 undi memadai..

Jadi bagi pendokong gerakan Islam, jangan terleka. Sebaliknya gunakan kesempatan ini untuk melipatgandakan dakwah. Jadikan polemik sebagai peluang. Buka medan forum dan perbincangan bersama. Panggil sekalian ilmuan agama duduk bersama berbincang atas dasar ilmu dan rasional.

Jangan terikut-ikut mainan media dan propaganda semangat perkauman. Geng ini sengaja mewujudkan isu-isu sensetif sebagai menutup agenda sulit dan penyelewengan yang terus-menerus dilakukan.

Sambung kerja dan usaha dakwah. Sebagaimana golongan muhajir ke habsyah yang difitnah oleh musrikin mekah, maka ambil peluang ini mendakwahkan hakikat kebenaran Islam. Maka, terus usaha dan kerja dakwah kita..jangan sibuk dan hanyut dengan propaganda media perkauman..

No comments: