Kerana ALLah

Tuesday, October 27, 2009

Antara kemelut di Perak dan kelulut dalam PAS


terdapat persamaan bagi kedua-duanya.. iaitu permainan dan sepak terajang politik tanahair yang didominasi oleh pemerintahan rejim 1Malaysia..


tidak ada jalan mudah dan pintas untuk menegakkan Ketuanan Islam.. jangan sampai mana-mana pihak bertindak seperti golongan hasasin..kini menjadi terma antarabangsa..asasin..

(sama seperti terma amuk yang juga diterima umum)


namun, sewajarnya usaha dibuat mengikut suasana dan keadaan setempat.. tentu tidak boleh disamakan usaha mendaulatkan Islam di Iran atau Pakistan berbanding Malaysia..


semoga sekalian pejuang Islam tidak jemu dan putus asa dengan cabaran yang mendatang.. Kita bukan yang menjadi peneraju, juga bukan penutup perjuangan ini.


kita hanya mata rantai perjuangan yang akan terus menerus hingga hari akhirat.. tak perlu ditentukan bila deadline perjuangan ini.. kalah atau menang, senang atau susah.. teruskan sahaja kerja dan perjuangan...

No comments: