Kerana ALLah

Monday, February 1, 2010

royalti atau ihsan

isu berkaitan tuntutan kerajaan kelantan dan tawaran menteri anak kelantan..

bagi RS, setiap terma tersebut ada hujah dan asas undang-undang yang tersendiri.

kalau mahkamah yang akan dijadikan medan penentuan, maka teruskanlah..

namun bagi RS, kembalikan barang pada yang berhak.

atas apa juga nama, royalti atau ihsan, jangan sekali-kali kita kuatkan segala hujah dan justifikasi hanya untuk menafikan hak orang lain.

takkan ada sempadan negara kalau tak ada sempadan negeri. maka dari situ, binalah apa juga ayat, apa juga akta..

mana ada akta dan perlembagaan ciptaan manusia yang tidak boleh dipinda??

kalau perlembagaan dan akta yang ada menyebabkan kita menafikan hak orang lain, maka menjadi tugas pembuat undang-undang untuk meminda.

apalah sangat pindaan akta...tiap tahun, lepas saja belanjawan/bajet, maka akan ada pindaan akta berkaitan cukai.. rasanya entah berapa puluh atau ratus kali ayat dalam akta cukai dipinda saban tahun.. semuanya demi HASIL untuk negara..

jadi apa yang susah sangat kalau nak kembalikan hak kelantan jika akta yang menjadi isu.. semuanya bergantung niat dan tujuan politik masing-masing.. itu aja...

p/s- kalau nak diibaratkan , pokok durian yg tumbuh di sempadan antara kampung, maka ia milik ketua kampung.. tuan tanah tak ada hak sebab sesama ketua kg dah buat agreement.. jgn la mcm tu bang.. nanti tuan tanah doa perut pecah marah pulak...

No comments: