Kerana ALLah

Friday, October 15, 2010

bajet untuk diri sendiri

tak keterlaluan dikatakan bajet 2011 lebih fokus untuk diri sendiri, iaitu BN.

semua untuk BN, bermula RM111Juta untuk Permata (Siapa Rosmah tu? menteri?), hingga kepada kenaikan elaun JKKK, ketua kg dan tok batin..

namun yang tak dilihat orang, sebagaimana lazimnya org BN di bawahan, makin ramai la yang berebut nak jadi ketua JKKK, Ketua Kg dan Tok Batin... RS ucapkan selamat menjalankan tugas dengan lebih berkesan..

antara yang menarik, untuk menarik undi org muda, cukai telefon bimbit.. maka harga hp akan turun.. selain membenteras kemasukan underwater hphone, yg pasti persepsi org muda akan positif kpd BN.. termasuk juga gula-gula untuk kemudahan memberi rumah kos rendah..

sebagai menjana semula ekonomi kroni, maka projek mega bangunan 100 tingkat perlu dibuat. BN akan merana jika ekonomi kroni merana.. masing-masing hendak kekal dengan gaya hidup mewah..

dengan beberapa nukilan ringkas ini jelas la fokus PM adalah untuk PRU dalam tempoh terdekat...

Wednesday, September 29, 2010

GALAS sebagai pencetus perubahan

PRK DUN Galas berpotensi sebagai pencetus perubahan cara kempen pilihanraya.

Dalam senario tuntutan royalti minyak kelantan dan hubungan baik Ku Li-PAS, elok diadakan kaedah kempen bersama dan menggunakan satu pentas.

Sebaiknya calon kedua pihak juga mempunyai reputasi baik di kalangan semua. Biarlah Galas menjadi contoh bagaimana pilihanraya dan parti tidak menjadi sebab untuk melayu berbalah.

Jadikan ia sebagai teladan buat semua pihak. Amat besar harapan RS untuk melihat PAS-Ku Li menguruskan PRK GALAS dalam semangat persahabatan.

Tuesday, September 28, 2010

keistimewaan atau perlindungan

isu keistimewaan melayu kini sudah dihangatkan sebagai isu politik dan perkauman. namun, semua pihak sewajarnya melihat hakikat dan realiti dengan rasional dan matang.

penjajahan yang cukup lama dan menjangkau ratusan tahun telah memisahkan masyarakat dan kaum. ia sengaja dilakukan oleh penjajah untuk memudahkan cengkamannya.

menjelang kemerdekaan, baru ramai sedar akan tahap dan kedudukan ekonomi masing-masing. DEB secara rasionalnya dilancarkan untuk merapatkan jurang perbezaan ini.

namun, setelah puluhan tahun, objektif asal masih tidak dicapai dan menimbulkan pelbagai polemik. semua harus akur isu jurang ekonomi perlu ditangani.

tidak ke mana si kaya jika si miskin merusuh dan menjarah di jalanan.

mungkin seharusnya tahap jurang ekonomi perlu ditangani atas nama ekonomi dan kemiskinan, bukan lagi kaum. oleh itu, semua perlu akur dan rasional untuk memastikan keharmonian masyrakat.

cuma, jika sudah menjadi hakikatnya, ada kaum tertentu yang majoritinya masih miskin, janganlah disebut sebagai perkauman.. boleh la diwujudkan dasar perlindungan untuk masykt miskin.. dengan kuota dan sebagainya.. tentu tak kena jika disebut keistimewaan pula..

Wednesday, September 1, 2010

Remaja dan pendidikan seks

Mutakhir ini negara kecoh membincangkan soal pembuangan bayi dan isu pendidikan seks di kalangan remaja. Bagi RS, isu ini adalah kesan kepincangan pendidikan anak-anak.

Semua anak-anak muslim di Malaysia ini perlu mengikuti pendidikan/kelas asas fardu ain, sama ada pagi atau petang sewaktu sekolah rendah. Di peringkat anak-anak masih kecil, kita memberi fokus dan jagaan yang agak seimbang.

Namun, menjelang usia remaja dan mula akil baligh, anak-anak di sekolah menengah tidak lagi dihantar untuk menyambung KELAS LANJUTAN FARDU AIN.. sedangkan ketika inilah anak-anak perlu dipersiapkan untuk menjadi bapak atau emak budak.

Realitinya, naluri syahwat akan membuak sewaktu usia remaja, sedangkan pendidikan dan persediaan diabaikan oleh semua pihak. Apa yang difikirkan adalah untuk menjadi atlet, artis dan jagoan bagi mengharumkan negara, kununnya..lalu lahirlah generasi matang fizikal, namun naif pemikiran.

Kelas seumpama KAFA perlu diwujudkan untuk membendung kepincangan ilmu dan didikan anak-anak. Disamping itu, yang penting anak-anak akan meneruskan kelas/pendidikan sama dengan waktu pejabat. Dengan kata lain, pergi sekolah sama dengan ibubapa yang pergi kerja, dan balik sekolah sama dengan ibubapa yang balik kerja.

Bagi anak-anak sekolah pagi, sela masa antara 1.30 tghri hingga 6.30 petang adalah cukup lama dan bahaya jika tiada pengisian sewajarnya. Usaha ini tidak semestinya dilakukan di sekolah, tetapi boleh digerakkan melalui peruntukan majlis agama dan masjid-masjid.

Jadikan ianya pendidikan wajib sama seperti sekolah. Maka setiap kedatangan diambil, ada modul berterusan dari tingkatan satu hingga tingkatan 5. Ada guru yang bergaji dan berjawatan tetap. Di situlah perlunya dihabiskan duit zakat. Untuk pendidikan, bukan untuk sambutan demi sambutan acara-acara membodek golongan atasan dan istana.

Perkara ini telah RS bincangkan dengan ibubapa di surau/masjid. Cuba bayangkan, apalah yang dibuat anak-anak pada sela waktu 1.30tghri-6.30petang? bukan hari-hari ada aktiviti di sekolah. Kawan-kawan lain termenung. Bukan semua boleh menjaga diri pada sela waktu tersebut, tambahan pula dengan ledakan gelombang internet dan sebagainya. Paling baik pun, akan melepak di cybercafe main game sementara mak ayah belum balik kerja..

Monday, May 31, 2010

Tuesday, May 25, 2010

tanggungjawab bersama

Usaha mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah tugas bersama setiap individu mengaku muslim, apatah lagi organisasi yang berteraskan perjuangan Islam.

Dalam isu arak, judi, loteri dan rumah urut, bukan sahaja Pemuda PAS, bahkan hero kampung seperti Perkasa juga bertanggungjawab. Ini kerana ia melibatkan umat dan masa depan ummah.

Bagi Pemuda PAS, bukan sahaja kerja untuk parti dan pentadbiran negeri yang diperintah PR, bahkan mencegah kemungkaran juga tanggungjawab berat yang harus dipikul.

Sebagaimana sering diingatkan dalam usrah, ALlah Taala bukan menilai berjaya atau tak, tetapi cegah atau tak. 'Markah' kita dikira berdasarkan sebanyak mana kerja yang dibuat.

Sudah tiba masanya diwujudkan KPI khusus dalam aspek mencegah maksiat ini. Buat permulaan, senaraikan premis arak, judi, loteri dan rumah urut/maksiat yang ada di semua negeri (ingat, PAS untuk semua, bukan negeri PR aja).

Kemudian mulakan dengan dialog dengan Pemimpin kerajaan di negeri PR, kemudian PBT terbabit. Seterusnya di negeri bukan PR.

Sebagai pencetus, Muktamar 2010 ini boleh dijadikan platform ideal untuk menilai dan menyusun semula usaha mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Jadikan usaha ini sebagai kerja berterusan semua, samada menang atau tidak di pilhanraya, memerintah negeri atau pun tidak.. kerja tetap diteruskan.

Selamat Berjuang... ALLahuAkbar..!

Tuesday, February 16, 2010

Terus ke hadapan

Senario semasa negara tidak banyak memberi ruang untuk semua asyik politiking.

Ini adalah saat genting untuk menguatkan jentera segenap peringkat dan meningkatkan usaha demi kebajikan dan kepentingan rakyat seluruhnya.

Bagi ahli atau pimpinan yang tak sudah dengan polemik politiking, RS harap jika ada pemilihan terdekat, apa juga peringkat, elok ditukarkan. Fokus kepada yang kerja kuat untuk jentera parti dan buat kebajikan untuk rakyat.

Untuk yang masih hangat, isu di Perak.. RS lihat ini ruang dan masanya untuk jentera PR dierat dan diperkuatkan. Biasanya semua mudah disatukan waktu 'susah'..maka satukan semua.

Bagi Jentera dan semua Adun/MP PR, buktikan PR ada master plan untuk pembangunan dan kemajuan negeri. Setiap plan yang dibuat hendaklah diterjemah atas kertas dan buat pembentangan rakyat dan negeri. Biar rakyat jelas tentang master plan pembangunan PR. Ini adalah ketelusan dan tidak ada kena mengena dengan kerahsiaan.

Buktikan PR bukan berjuang kosong. Sekiranya permohonan dan pembentangan ditolak atau tidak diterima, itu bukan persoalannya. Tapi itulah kerja dan usaha yang akan dibuat PR jika kuasa tidak dirampas BN.

RS minta PR bentangkan plan berkaitan pembangunan pendidikan rakyat, terutama melibatkan sekolah agama/ maahad persendirian. Ini adalah kategori khusus memandangkan BN pun ura-uranya nak tubuhkan Kolej Tahfiz...sebelum ke 'Kolej' , kita perlu tengok sejauh mana usaha untuk peringkat rendah dan menengah.. PR perlu bangkitkan kelulusan terdahulu untuk pembangunan 18 sekolah/pondok persendirian. Desak DSZ supaya jangan lengahkan benda baik. Ini untuk anak melayu dan Islam juga.

Seterusnya culaan taraf hidup penduduk. Ini kerja jentera peringkat bawahan. Kena jelas senarai penduduk yang miskin di setiap kampung. SEnaraikan dan hantar salinan kepada semua agensi yang terlibat, MELALUI Adun PR atau DSN(selaku proksi kerajaan digulingkan).

PR kena buat kerja. Jika memang dah buat, maka rancakkan lagi. Bagi RS, beban kerja Jentera PR dah kurang sebab tugas pentadbiran dan dibolot/dirampas BN. Rakyat dah tak boleh salahkan PR kalau kebajikan mereka terabai. Ini masa yang baik untuk buat kerja separuh sahaja.

RS cakap macam tu sebab bukan senang buat 2 kerja dalam satu masa. Kerja untuk jentera parti, kerja untuk kerajaan.. Kalau dapat elaun atau sapu tender macam puak perampok tu lain la.. tapi ini kerja sukarela yang kena korbankan masa dan ongkos sendiri..letih yob.. hanya mengharap dikira sebagai Amal Jariah di sisi ALLah Taala.. (tak tau la pulak kalau ada jentera PR di tempat lain yg ada RM masyukkk...)

Thursday, February 11, 2010

cerita kulit

INI KENYATAAN DSN:
Kelmarin, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menuntut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka dibenar menggunakan kemudahan dewan orang ramai untuk aktiviti, selain tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input untuk kepentingan rakyat Perak.

Di samping itu, pembangkang mahu peruntukan disalurkan kepada wakil rakyat mereka untuk memudahkan pihak berkenaan menjalankan aktiviti di kawasan masing-masing.

respon:
banyaklah cengkadak dan mangkuk kata DSN tak boleh letak sebarang syarat.. bagi RS, tuntutan DSN adalah tuntutan HAK .. apa punya bengong jika Adun PR tak boleh guna Dewan Orang Ramai, Tak boleh hadir mesyuarat j/kuasa tempatan, Tak boleh terima peruntukan... bengong apa ...??

Lebih baik cengkadak dan mangkuk tu kata, memandangkan Adun PR tak boleh terima semua hak mereka sebagai Adun, maka DUN mereka juga tidak akan dikenakan cukai etc... sebab fair & square... tak ada debit, maka tak ada kredit..

Ini tidak, segala cukai dan hasil mahsul nak kutip, tapi hak orang tak nak bagi .. maka tak jauh beza sangat la dengan penyangak.. cuma versi moden yang bertopengkan perundangan.. asal penyangak, penyangak juga... cuma untuk DSN, apa sangat diharap pada penyangak...

apahal bro..

RS rimas la... ramai sangat ahli jamaah lebih sibuk pikir hal besar dari buat kerja yang asas...

dok sibuk kaji dan bagi teori pasal mahkamah, etc.. usrah mcm mana, pengajian kitab, tajwid.. mesti jalan terus bro..

peringat cawangan, mesti ada j/kuasa pemuda yang bergerak... PASTI mesti ditubuhkan.. paling tidak untuk asuhan dan didikan anak-anak ahli.. takkan nak biar dok nyanyi mcm tabika kemas..

kerja dakwah kena jalan.. daftar ahli mesti berterusan.. tambah ahli baru, kena tambah usrah baru... tarbiyah Islamiyah tu warisan nabi untuk kita buat...

anak bini pun mesti chek juga... jangan sampai tak boleh beza dengan anak bini ketua cawangan MIC/MCA dah la.. tak nak la kata geng sebelah sana tu...

kemudian daftar pemilih tolong tengok juga..SPR dah kata berjuta anak muda Malaysia tak daftar mengundi... ni pun dah banyak kerja..

bagi-bagi la kerja sesama ahli di cawangan.. kalau dikaji kerja yang banyak tu, entah bila la masa untuk berborak-bincang pasal mahkamah, etc...

hanya yang tak buat kerja ada masa

p/s-mujur ada blog untuk luahan pendapat.. klu dok join berborak aja..bila kerja nak jalan bro...

DSN dan Palace of Justice

RS ucap syabas dan tahniah pada DSN.

Bukan mudah berjuang demi amanah jamaah.
Jika sebelum menyerahkan diri untuk kerja jamaah, DSN sudah hidup senang dan mewah dengan kelulusan dan kerjaya yang ada..sebagaimana adik-beradik yang lain..

Bahkan pendapatan masa jadi MB pun tak mengatasi gaji beliau sebelum ini. Namun, demi ikrar dan perjuangan untuk jamaah, DSN sanggup harungi..

Bukan sikit profesional yang sokong PAS, tapi untuk terjun sepenuhnya dalam perjuangan, ramai yang tak sanggup.. ok lah...bagi sumbangan RM pun sumbangan juga kan... bukan semua sanggup kerana beban family/keluarga berbeza..

Sebagai peyokong perjuangan yang biasa,RS memang TABIK SPRING buat DSN.. hanya orang yang turut berjuang sahaja tahu perit maungnya berjuang bersama PAS.. calang-calang orang, hanyut dengan RM yang ditawarkan..

Bagi RS, kalau sekadar dikutuk atau dicemuh boneka DAP, itu sekadar ejekan taraf bebudak merempit... bak kata orang tua-tua, dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.. entah mana buktinya ?? tapi yang nyata, tahniah pada DSN yang luluskan tanah untuk pondok di hulu perak yang sekian lama sengaja diperam MB lama... sampai berapa kali pilihanraya tak lepas-lepas.. juga buat pertama kali guru-guru sekolah agama rakyat persendirian (PONDOK LA...) merasa BONUS.. sebelumnya soya bonus pun belum tentu BN nak bagi... lagi tarik bantuan perkapita adalah...

jadi, bagi orang yang mengkaji, memang tahu usaha dan kerja bersungguh DSN demi Islam dan Melayu.. bahkan, DSN lebih awal laksanakan 1Perak versi PR sebelum cengkadak mana tah canang 1Malaysia.. sebut 1Malaysia, tapi tiap hari dok canang semangat menentang bangsa lain.. dalam dok kutuk, bagi juga tanah kat tambun pada 'bangsa asing'... dah la sebelum tu tanah bidor dah kasi... lepas ni , mungkin tak leh nak beza, antara pangkor dan singapore.. penang memang dah lama gerakan jadikan protege singapore... antara DAP dan Gerakan, rasanya Gerakan lagi mesra dengan PAP.. cuma orang tak membaca dan mengkaji, mana la nak tahu.. lagipun membaca mana dapat duit... merempit dan gantung poster dapat la upah kan..

p/s- jangan buat-buat tak ingat lak.. mat rempit turunkan balik banner & poster bila upah tak sampai.. hehhehh

Monday, February 1, 2010

royalti atau ihsan

isu berkaitan tuntutan kerajaan kelantan dan tawaran menteri anak kelantan..

bagi RS, setiap terma tersebut ada hujah dan asas undang-undang yang tersendiri.

kalau mahkamah yang akan dijadikan medan penentuan, maka teruskanlah..

namun bagi RS, kembalikan barang pada yang berhak.

atas apa juga nama, royalti atau ihsan, jangan sekali-kali kita kuatkan segala hujah dan justifikasi hanya untuk menafikan hak orang lain.

takkan ada sempadan negara kalau tak ada sempadan negeri. maka dari situ, binalah apa juga ayat, apa juga akta..

mana ada akta dan perlembagaan ciptaan manusia yang tidak boleh dipinda??

kalau perlembagaan dan akta yang ada menyebabkan kita menafikan hak orang lain, maka menjadi tugas pembuat undang-undang untuk meminda.

apalah sangat pindaan akta...tiap tahun, lepas saja belanjawan/bajet, maka akan ada pindaan akta berkaitan cukai.. rasanya entah berapa puluh atau ratus kali ayat dalam akta cukai dipinda saban tahun.. semuanya demi HASIL untuk negara..

jadi apa yang susah sangat kalau nak kembalikan hak kelantan jika akta yang menjadi isu.. semuanya bergantung niat dan tujuan politik masing-masing.. itu aja...

p/s- kalau nak diibaratkan , pokok durian yg tumbuh di sempadan antara kampung, maka ia milik ketua kampung.. tuan tanah tak ada hak sebab sesama ketua kg dah buat agreement.. jgn la mcm tu bang.. nanti tuan tanah doa perut pecah marah pulak...

Monday, January 11, 2010

Usaha dan kerja sebenar

Gerakan Perjuangan Islam negara ini sering kali dilekakan dengan isu dan mainan politik semasa. Daripada menggerakkan kerja dan pemikiran untuk dakwah, lebih banyak dihabiskan dengan hal yang sengaja ditimbulkan/diabaikan.

Isu nama ALlah sepatutnya tidak timbul jika akta percetakan dipinda dengan dimasukkan ayat/perkataan larangan khusus. Seperti mana akta cukai yang sentiasa dipinda saban tahun, apakah menjadi kerumitan benar untuk selitkan sedikit perkataan larangan tertentu. Pindaan akta tidak memerlukan suara 2/3, cukup sekadar majoriti 1 undi memadai..

Jadi bagi pendokong gerakan Islam, jangan terleka. Sebaliknya gunakan kesempatan ini untuk melipatgandakan dakwah. Jadikan polemik sebagai peluang. Buka medan forum dan perbincangan bersama. Panggil sekalian ilmuan agama duduk bersama berbincang atas dasar ilmu dan rasional.

Jangan terikut-ikut mainan media dan propaganda semangat perkauman. Geng ini sengaja mewujudkan isu-isu sensetif sebagai menutup agenda sulit dan penyelewengan yang terus-menerus dilakukan.

Sambung kerja dan usaha dakwah. Sebagaimana golongan muhajir ke habsyah yang difitnah oleh musrikin mekah, maka ambil peluang ini mendakwahkan hakikat kebenaran Islam. Maka, terus usaha dan kerja dakwah kita..jangan sibuk dan hanyut dengan propaganda media perkauman..

Sunday, January 3, 2010

kalimah ALLAH

isu baru timbul..
selepas merayakan hari terbuka krismas, BN hadiahkan kalimah ALLAH kepada nasrani menerusi hakim kufar mahkamah tinggi..

maka bangkitlah sekalian umat, termasuk yang entah tahu atau tidak akan erti menyembah ALLAH... perkasa dan tidak perkasa marah benar...

soalnya, ini satu perjuangan atau permainan???

bagi RS,ini satu lagi penyakit.. virusnya adalah kepimpinan bn-umno.. selagi virus itu masih memerintah, maka akan wujud lagi pelbagai penyakit...

kiraannya mudah sangat... PM paling berkuasa... sehebat mana atau kuat mana rakyat bersuara, PM tetap ada kuasa..

buktinya, ratusan ribu, bahkan mgkn juta rakyat berdemo, anwar tetap jua disumbat ke penjara.. sebaliknya, pak lah juga dengan mudah bebaskan anwar.. apa sangat dengan mhkamah.. sekadar prosedur pemerintah.. yg penting, political will PM....