Kerana ALLah

Tuesday, July 5, 2011

cadangan YB

Himpunan Bersih 2.0 sepatutnya di rumah Najib
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Perhimpunan Bersih 2.0 sepatutnya dibuat di kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bukan di stadium, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Oleh kerana (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) takut sangat rakyat berarak secara aman di jalan raya kononnya banyak orang akan tumpang semangkuk untuk membuat kacau, kita berharap beliau dapat menawarkan Kompleks Seri Perdana yang menjadi kediaman rasminya untuk menjamin keadaan yang benar-benar aman dan tenteram.

"Najib cadang buat perhimpunan itu di stadium kerana beliau takut jika berarak ke istana di jalan raya, orang yang suka kepada rusuhan dan kekacauan akan tumpang sekaki dan akan berlaku keadaan yang kita hendak elakkan, tetapi buat di stadium pun gerombolan yang mengugut akan berlaku bakar kereta dan baling batu serta menyuruh orang Cina menyimpan beras boleh tumpang sekaki.

"Mereka memang tergila-gilakan rusuhan dan kekacauan," katanya.
Tetapi, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, jika perhimpunan memperjuangkan pilihan raya adil dan bersih itu dibuat di kediaman rasmi Perdana Menteri, tak mungkin gerombolan itu akan membuat kacau kerana mereka tentu tidak mahu membuat kacau di kediaman rasmi ketua mereka sendiri.

"Sebab itulah, jika Perdana Menteri benar-benar bersungguh-sungguh hendak menjaga keamanan dan ketenteraman, Seri Perdana yang merupakan kediaman rasmi beliau adalah tempat yang paling selamat untuk beliau tawarkan sebagai medan perhimpunan Bersih.
"Jika dibuat di kediaman Najib, gerombolan yang terjerit-jerit hendak membaling batu dan membakar kereta bukan sahaja tidak akan membuat kacau, malah mereka akan pastikan pula keamanan dan ketenteraman di kediaman rasmi ketua mereka sendiri tidak diganggu gugat," katanya.

Mahfuz berharap Najib akan menawarkan Kompleks Seri Perdana sebagai tempat perhimpunan Bersih jika beliau benar-benar serius tak mahu mengundang risiko yang amat berbahaya kepada negara seperti yang dinyatakannya.

Monday, July 4, 2011

titah diraja

Isnin Julai 4, 2011

Titah Khas Yang Di-Pertuan Agong Peringatan Terakhir

KAJANG: Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung perhimpunan haram pada 9 Julai ini merupakan peringatan terakhir kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata titah Tuanku Mizan jelas menunjukkan betapa seriusnya perkara itu kerana ia boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian serta imej negara di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata perkembangan dan agenda perhimpunan itu, yang tidak sihat sehingga menjadi bahan berita antarabangsa, tidak menyenangkan Yang di-Pertuan Agong sehingga Seri Paduka terpaksa mengeluarkan titah khas bagi menyedarkan rakyat.

"Ini menunjukkan bahawa perkara ini serius. Saya berharap agar rakyat dapat melihatnya secara serius kerana tak mungkin Tuanku bertitah begitu rupa, (begitu juga) Raja-Raja kita yang lain selain ingatan-ingatan daripada pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan ibu pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)dan melancarkan Skuad 1Malaysia di sini Isnin.

Pada Ahad, Yang di-Pertuan Agong bertitah menyeru rakyat negara ini tidak terlalu terikut-ikut dengan amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan semua pihak.

Seri Paduka bertitah bahawa sebagai sebuah masyarakat yang bertamadun perlu menyelesaikan permasalahan yang timbul secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata titah khas Tuanku Mizan itu tepat pada masanya ketika pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan sendiri terus memujuk dan menghasut orang ramai agar menyertai perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan itu.

Sultan dan Raja-Raja Melayu juga diberi taklimat berhubung kait dengan aktivi gabungan NGO itu yang cuba memporak-perandakan kestabilan negara, katanya.

Hishammuddin berkata polis sedia menghadapi anasir subversif dengan kaedah tersendiri termasuk menahan mereka yang terlibat di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada perkara lebih serius berlaku.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata titah Tuanku Mizan berhubung perhimpunan haram itu harus diberi perhatian pihak yang merancang berbuat demikian.

Beliau berkata mana-mana pihak termasuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil seharusnya mengadakan perbincangan dan dialog secara aman dalam prinsip kesederhanaan bagi mengatasi sebarang isu mengenai pilihan raya.

"Isu itu (pilihan raya) tidak harus dipolitikkan khususnya oleh parti-parti pembangkang yang dilihat mulai tidak berpuas hati selepas mereka mengalami kekalahan demi kekalahan dalam beberapa pilihan raya kecil," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Koh, yang juga Presiden Gerakan, berkata pihak pembangkang dilihat akan membantah kemenangan lawannya sekiranya mereka mengalami kekalahan dalam sebarang pilihan raya sejak 30 tahun lepas dan mereka hanya berpuas hati apabila mereka menang.

"Apabila pembangkang iaitu Lim Kit Siang (DAP) menang besar di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008, mereka diam tetapi kita (Barisan Nasional) kalah tetap tidak marah kepada rakyat dan menerima kekalahan itu," katanya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta rakyat supaya sedar bahawa penganjur perhimpunan haram tidak ikhlas dalam menyelesaikan tuntutan mereka yang kononnya mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

Timbalan Presiden MCA itu berkata rakyat tidak boleh membiarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan pihak pembangkang dalam mencapai hasrat mereka untuk menumbangkan kerajaan.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memanggil Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga untuk berunding mengenai tuntutan mereka, tetapi ditolak dengan angkuh oleh mereka.

"Ini dapat kita lihat mereka lebih suka buat demonstrasi daripada menyelesaikan masalah, rakyat perlu lihat sekarang siapa yang mahu dan bersedia selesaikan masalah," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian memorandam antara Kementerian Kesihatan dan Universiti Tunku Abdul Rahman di kampus Utar Sungai Long di sini.

Katanya adalah mustahil bagi penganjur itu menepati janji bahawa perhimpunan itu akan dilakukan secara aman kerana ada banyak anasir negatif yang akan mengambil kesempatan dan melakukan provokasi.

"Demonstrasi jalanan bukanlah jalan penyelesaiannya sebab kita ada saluran yang betul untuk selesaikan masalah," katanya.- BERNAMA

Wednesday, April 6, 2011

ulang tayang

Berikut adalah penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian seorang pegawai Kastam di SPRM Kuala Lumpur.

Pada hari ini, 6 April 2011 diantara jam 10.15 pagi hingga jam 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur dimana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.

Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani bin Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Selangor.

SPRM mengesahkan bahawa penama berkenaan adalah di antara pegawai Kastam yang telah ditahan pada 1 April 2011 jam 1.00 tengahari di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Kelang.

Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada hari Sabtu 2 April 2011 jam 12.30 tengahari.

Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut.

Pada hari ini, Rabu 6 April 2011 jam 8.26 pagi, penama berkenaan telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersendirian dengan menunggang sebuah motorsikal.

Penama ini telah meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya. Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga jam 9.30 pagi.

Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut.

Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan.

Pada jam lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan.

Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat ini.

SPRM telahpun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga simati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis untuk mengambil sebarang tindakan.

Begitulah bila ramai makan rasuah, yang tak makan kawan akan pulaukan, , bila tak repot nanti kena jail, bila nak bg info bapak gengster campak dari bangunan..
Moral: bersama membenteras rasuah

Friday, October 15, 2010

bajet untuk diri sendiri

tak keterlaluan dikatakan bajet 2011 lebih fokus untuk diri sendiri, iaitu BN.

semua untuk BN, bermula RM111Juta untuk Permata (Siapa Rosmah tu? menteri?), hingga kepada kenaikan elaun JKKK, ketua kg dan tok batin..

namun yang tak dilihat orang, sebagaimana lazimnya org BN di bawahan, makin ramai la yang berebut nak jadi ketua JKKK, Ketua Kg dan Tok Batin... RS ucapkan selamat menjalankan tugas dengan lebih berkesan..

antara yang menarik, untuk menarik undi org muda, cukai telefon bimbit.. maka harga hp akan turun.. selain membenteras kemasukan underwater hphone, yg pasti persepsi org muda akan positif kpd BN.. termasuk juga gula-gula untuk kemudahan memberi rumah kos rendah..

sebagai menjana semula ekonomi kroni, maka projek mega bangunan 100 tingkat perlu dibuat. BN akan merana jika ekonomi kroni merana.. masing-masing hendak kekal dengan gaya hidup mewah..

dengan beberapa nukilan ringkas ini jelas la fokus PM adalah untuk PRU dalam tempoh terdekat...

Wednesday, September 29, 2010

GALAS sebagai pencetus perubahan

PRK DUN Galas berpotensi sebagai pencetus perubahan cara kempen pilihanraya.

Dalam senario tuntutan royalti minyak kelantan dan hubungan baik Ku Li-PAS, elok diadakan kaedah kempen bersama dan menggunakan satu pentas.

Sebaiknya calon kedua pihak juga mempunyai reputasi baik di kalangan semua. Biarlah Galas menjadi contoh bagaimana pilihanraya dan parti tidak menjadi sebab untuk melayu berbalah.

Jadikan ia sebagai teladan buat semua pihak. Amat besar harapan RS untuk melihat PAS-Ku Li menguruskan PRK GALAS dalam semangat persahabatan.

Tuesday, September 28, 2010

keistimewaan atau perlindungan

isu keistimewaan melayu kini sudah dihangatkan sebagai isu politik dan perkauman. namun, semua pihak sewajarnya melihat hakikat dan realiti dengan rasional dan matang.

penjajahan yang cukup lama dan menjangkau ratusan tahun telah memisahkan masyarakat dan kaum. ia sengaja dilakukan oleh penjajah untuk memudahkan cengkamannya.

menjelang kemerdekaan, baru ramai sedar akan tahap dan kedudukan ekonomi masing-masing. DEB secara rasionalnya dilancarkan untuk merapatkan jurang perbezaan ini.

namun, setelah puluhan tahun, objektif asal masih tidak dicapai dan menimbulkan pelbagai polemik. semua harus akur isu jurang ekonomi perlu ditangani.

tidak ke mana si kaya jika si miskin merusuh dan menjarah di jalanan.

mungkin seharusnya tahap jurang ekonomi perlu ditangani atas nama ekonomi dan kemiskinan, bukan lagi kaum. oleh itu, semua perlu akur dan rasional untuk memastikan keharmonian masyrakat.

cuma, jika sudah menjadi hakikatnya, ada kaum tertentu yang majoritinya masih miskin, janganlah disebut sebagai perkauman.. boleh la diwujudkan dasar perlindungan untuk masykt miskin.. dengan kuota dan sebagainya.. tentu tak kena jika disebut keistimewaan pula..

Wednesday, September 1, 2010

Remaja dan pendidikan seks

Mutakhir ini negara kecoh membincangkan soal pembuangan bayi dan isu pendidikan seks di kalangan remaja. Bagi RS, isu ini adalah kesan kepincangan pendidikan anak-anak.

Semua anak-anak muslim di Malaysia ini perlu mengikuti pendidikan/kelas asas fardu ain, sama ada pagi atau petang sewaktu sekolah rendah. Di peringkat anak-anak masih kecil, kita memberi fokus dan jagaan yang agak seimbang.

Namun, menjelang usia remaja dan mula akil baligh, anak-anak di sekolah menengah tidak lagi dihantar untuk menyambung KELAS LANJUTAN FARDU AIN.. sedangkan ketika inilah anak-anak perlu dipersiapkan untuk menjadi bapak atau emak budak.

Realitinya, naluri syahwat akan membuak sewaktu usia remaja, sedangkan pendidikan dan persediaan diabaikan oleh semua pihak. Apa yang difikirkan adalah untuk menjadi atlet, artis dan jagoan bagi mengharumkan negara, kununnya..lalu lahirlah generasi matang fizikal, namun naif pemikiran.

Kelas seumpama KAFA perlu diwujudkan untuk membendung kepincangan ilmu dan didikan anak-anak. Disamping itu, yang penting anak-anak akan meneruskan kelas/pendidikan sama dengan waktu pejabat. Dengan kata lain, pergi sekolah sama dengan ibubapa yang pergi kerja, dan balik sekolah sama dengan ibubapa yang balik kerja.

Bagi anak-anak sekolah pagi, sela masa antara 1.30 tghri hingga 6.30 petang adalah cukup lama dan bahaya jika tiada pengisian sewajarnya. Usaha ini tidak semestinya dilakukan di sekolah, tetapi boleh digerakkan melalui peruntukan majlis agama dan masjid-masjid.

Jadikan ianya pendidikan wajib sama seperti sekolah. Maka setiap kedatangan diambil, ada modul berterusan dari tingkatan satu hingga tingkatan 5. Ada guru yang bergaji dan berjawatan tetap. Di situlah perlunya dihabiskan duit zakat. Untuk pendidikan, bukan untuk sambutan demi sambutan acara-acara membodek golongan atasan dan istana.

Perkara ini telah RS bincangkan dengan ibubapa di surau/masjid. Cuba bayangkan, apalah yang dibuat anak-anak pada sela waktu 1.30tghri-6.30petang? bukan hari-hari ada aktiviti di sekolah. Kawan-kawan lain termenung. Bukan semua boleh menjaga diri pada sela waktu tersebut, tambahan pula dengan ledakan gelombang internet dan sebagainya. Paling baik pun, akan melepak di cybercafe main game sementara mak ayah belum balik kerja..