Kerana ALLah

Tuesday, March 12, 2013

episod sedih muslim nusantara

assalam..alkisah..

saat ini berlaku peristiwa yang menyedihkan buat umat Islam di timur jauh ini.. dunia Islam dikejutkan dengan pembunuhan oleh muslim sulu dan bunuh balas oleh muslim malaysia..pelbagai isu timbul..bermula episod yang ditohmah sandiwara, sehingga berlaku pembunuhan kejam..

malam ini RS diberi rezeki untuk duduk dan mendengar perbincangan ustaz dan ilmuan pencen dalam suatu usrah mingguan..

bermula dengan kehadiran awal penyebar Islam, hingga kegemilangan empayar Islam di timur ini, kehadiran sepanyol, portugis, british, jepun dan amerika...kemudiannya era kemerdekaan dan pembentukan negara-negara yang dibebaskan dari penjajahan..

akhirnya perbincangan menjurus pertempuran bersenjata antara dua pihak..

perlu difahamkan bahawa penceroboh sulu itu bukan sembarangan..mereka lahir, membesar dan hidup dalam dunia peperangan, sejak era penjajahan sepanyol, sehingga ke saat ini dengan pemerintah katholik filipina..bahkan juga mendapat bekalan senjata di zaman ghadafi dan dilatih pakar dari malaysia juga..

begitu juga dengan pihak berkuasa malaysia..mereka juga bukan sembarangan..unit elit dan hebat dari kalangan Polis dan tentera..menggunakan senjata dan latihan terbaik ...

namun kejadian ini merupakan episod kemuncak dari cerita sebenar..sebab itu timbul persepsi  isu sandiwara, penglibatan parti politik dan angkatan senjata yang menjadi mangsa dan terkorban..RS menerima andaian atau persepsi ini perlu dilihat secara keseluruhan dan berkaitan..

menurut cerita yang tersebar, asalnya ianya memang dirancangkan orang tertentu untuk mendapat kelebihan politik peribadi..sebab itu ia menjadi sandiwara..namun sandiwara itu tidak menjadi apabila ia merebak menjadi isu besar dan antarabangsa..sehingga melibatkan pembunuhan muslim yang hebat di kedua pihak..

oleh itu ia menjadi pertempuran yang sah dan jihad bagi Malaysia..anggota yang terkorban adalah syahid..setiap rakyat malaysia mesti menghargai dan menghormati jasa dan pengorbanan tidak berbelah bagi anggota keselamatan kita..

pihak yang menyerang juga sudah tiada pilihan lain..samada menyerah atau sedia dibunuh..hakikatnya mereka juga akan dibunuh jika menyerah..cuma kaedahnya sahaja yang perlu melalui perbicaraan dan hukum yang ditetapkan hakim..