Kerana ALLah

Monday, May 31, 2010

Tuesday, May 25, 2010

tanggungjawab bersama

Usaha mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah tugas bersama setiap individu mengaku muslim, apatah lagi organisasi yang berteraskan perjuangan Islam.

Dalam isu arak, judi, loteri dan rumah urut, bukan sahaja Pemuda PAS, bahkan hero kampung seperti Perkasa juga bertanggungjawab. Ini kerana ia melibatkan umat dan masa depan ummah.

Bagi Pemuda PAS, bukan sahaja kerja untuk parti dan pentadbiran negeri yang diperintah PR, bahkan mencegah kemungkaran juga tanggungjawab berat yang harus dipikul.

Sebagaimana sering diingatkan dalam usrah, ALlah Taala bukan menilai berjaya atau tak, tetapi cegah atau tak. 'Markah' kita dikira berdasarkan sebanyak mana kerja yang dibuat.

Sudah tiba masanya diwujudkan KPI khusus dalam aspek mencegah maksiat ini. Buat permulaan, senaraikan premis arak, judi, loteri dan rumah urut/maksiat yang ada di semua negeri (ingat, PAS untuk semua, bukan negeri PR aja).

Kemudian mulakan dengan dialog dengan Pemimpin kerajaan di negeri PR, kemudian PBT terbabit. Seterusnya di negeri bukan PR.

Sebagai pencetus, Muktamar 2010 ini boleh dijadikan platform ideal untuk menilai dan menyusun semula usaha mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Jadikan usaha ini sebagai kerja berterusan semua, samada menang atau tidak di pilhanraya, memerintah negeri atau pun tidak.. kerja tetap diteruskan.

Selamat Berjuang... ALLahuAkbar..!