Kerana ALLah

Tuesday, June 16, 2009

Kerajaan Perpaduan

Tak ada salahnya kerajaan Perpaduan, tetapi yang perlu sekalian ahli PAS ingat adalah tema kali ini, Islam Memimpin Perubahan.

Situasi hari ini menunjukkan PAS jauh lebih baik dan mula diterima oleh bukan Islam. Oleh itu PAS menawarkan perpaduan kepada semua pihak yang ingin bersama PAS.

Biar siapapun, ahli MIC, MCA atau UMNO, yang ingin bersama PAS, amatlah dialu-alukan.
PAS kini sudah bersedia sebaiknya untuk menggantikan UMNO dalam persada politik negara.

Oleh itu isu perpaduan yang diajukan seharusnya dilihat dari konteks besar, bukan konteks sempit PAS hendak bergabung dengan UMNO. Itu konteks sempit dan lapuk dari imaginasi ahli UMNO yang terkapai-kapai ketika ini.

PAS menawarkan perpaduan, untuk mereka yang ingin bersama PAS, bukan PAS yang bertandang ke pondok reput dan senget UMNO atau BN.

Selamanya Islam itu tinggi, dan tiada tiada yang mengatasinya. Biar di masa menang atau kalah, PAS tetap mempertahankan Islam sebagai dasar perjuangan.

Saturday, June 6, 2009

Muktamar PAS ke 55

saat tulisan ini berlabuh,muktamar pas juga hampir menutup tirai.

bagi yang terpilih, kembalilah menghayati sekalian isu perbahasan.

semoga perjuangan PAS terus diperkasakan untk mengambil alih tampuk
kepimpinan negara demi masa depan Islam yang gemilang di Malaysia.

Takbir ! Allahuakbar ..!