Kerana ALLah

Saturday, May 23, 2009

kerajaan mahkamah

saat komen ini ditulis, status kerajaan Perak telah ditentukan oleh mahkamah.
maka mulai ketka ini, terimalah Perak sebagai kerajaan bermahkamah.

isu ini penting kerana segala hal bersangkutan pentadbiran Perak tergantung
sebelum segala hal berkaitan mahkamah selesai.

buat ketika ini, isu ini mungkin berpanjangan ke mahkamah persekutuan. Silap-silap,
sampai pula ke geneva, mahkamah antarabangsa pula..

jadi bagi mana-mana pihak juga, perlu dapatkan keputusan mahkamah juga supaya
hal perjanjian kelak bertaraf halal atau legal..sebab Perak kini dalam suasana
kerajaan dalam mahkamah ..

agaknya siapala mulakan kacau bilau ni selepas 11 bulan Pru12 berlalu???

Tuesday, May 12, 2009

Monday, May 11, 2009

Fasa Baharu Politik Perak

Politik Perak memasuki Fasa Baharu apabila Datuk Seri Nizar
diistiharkan sebagai MB yang SAH.

Fasa ini bermaksud umeno-bn akan menggunakan kaedah lebih
dahsyat, setaraf dengan gelaran si pembawa C4..

Apa yang penting, Jentera PR perlu bersedia untuk menjalankan
amanah dan gerakerja masing-masing.

Dalam konsep perjuangan di Malaysia, Jihad yang utama adalah
menyebarkan kesedaran akan kesyumulan perjuangan Islam yang
dipikul oleh PAS.

Tunjukkan bagaimana segala usaha dan kerja yang dilakukan adalah
demi perjuangan dan kelangsungan kedaulatan Islam.

PAS boleh bergerak dan berjaya selama ini tanpa dokongan mana-mana
kerajaan, pusat atau negeri di Perak. Bahkan kemenangan PAS di Perak
juga merupakan satu fasa mematangkan PAS di Perak.

Bukan sekadar program, bahkan gerakerja kebajikan dan penerangan perlu
terus dilakukan, samada dgn kapasiti dalam kerajaan atau tanpa kerajaan.

Cuma bezanya tekanan sahaja. Tanpa kerajaan, tekanan sememangnya telah
biasa PAS lalui selama ini. Dengan adanya posisi dalam kerajaan negeri,
maka boleh la tingkatkan kelajuan gerakerja.

Apa yang penting, semua saling insaf bahawa mendapat kemenangan cukup
payah, tapi mempertahan dan mengisi kemenangan adalah cukup perit ...

Tuesday, May 5, 2009

kenyataan balas TGNA

Gandingan ulama, profesional terajui gerakan Islam - Nik Aziz
Lanjusoh Tue May 05, 09 6:51:26 pm MYT


KOTA BHARU, 5 Mei (Hrkh) - Tidak sepatutnya berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional memandangkan dua kelompok tersebut menerajui gerakan Islam di mana sahaja sekarang.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya penjajah barat sahaja yang sengaja mengasingkan kelompok-kelompok tertentu seperti memisahkan antara agama dan politik.

"Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik.
"Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Oleh itu beliau berkata, golongan ulama dan profesional merupakan orang yang sama dalam menerajui gerakan Islam dewasa ini. "Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama wujud gabungan antara ulama dan profesional yang mempunyai asas agama. "Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini," ujarnya.

Ditanya takrifan ulama hanya mereka yang mendapat pendidikan formal dalam bidang agama katanya, itu merupakan fahaman lama ketika agama Islam baru masuk ke Tanah Melayu.

komen:
rs menyokong penuh komen balas TGNA
isu Ulama vs Profesional ni sengaja dijadikan
isu media umeno-bn sebagai propaganda dan
tujuan melaga-lagakan.

sedang hakikatnya, samada di cawangan atau
kawasan, tiada isu pun.. pakat tolak jawatan
tu ramai la.

yang jelas dan nyata, umeno-bn memang
cukup jahil dengan sistem dan suasana yang
ada dalam PAS.

dek terlampau lama berkubang dalam lubang najis,
sampai tak tahu bahawa ada tempat lain yang jauh
lebih elok dari lubang najis umeno..

malang sungguh umeno dan sekalian ahlinya..
dah la jahil, spesis bodoh sombong pulak tu ..

nak diajak sombong, nak diikut merosakkan diri..
hakikatnya, sapa-sapa yg masuk umeno mesti
jadi makin teruk..kalau asal tudung labuh, jadi
tudung singkat..yg tak pernah karaoke, dah pandai
karaoke..

menjelang 7 mei

Menjelang Persidangan DUN Perak pada 7 Mei 2009,
elok diingatkan wajah-wajah pejuang melayu ni..

Samseng Upahan Umno

mana tahu kalau-kalau buat pasal lagi ..

Sunday, May 3, 2009

Alim vs Ulama

Apakah ada bezanya alim vs ulama ?
Harap yang fakih bahasa arab boleh menjelaskan.

Namun bagi roslisalem(rs), tidak timbul isu ulama atau
tidak dalam kepimpinan.

Apa yang penting, alim dan fakihnya seseorang itu dalam
hal dan urusan yang dipertanggung jawabkan.

Dalam soal kepimpinan PAS contohnya, apakah yang menjadi
justifikasi ulama dan kepimpinan ?

Apakah syarat dan kriteria yang menentukan taraf atau
ulama'nya seseorang?

Bagi rs, cukuplah sekadar pemimpin itu fakih dalam hal agama,
seterusnya fakih juga dengan segala hal dan sepak terajang politik
umeno-bn di Malaysia, serta boleh membimbing arus politik antarabangsa.

PAS perlu jelas siapa yang mampu menghadapi permainan dan kejahatan
politik umeno-bn untuk dilantik sebagai pemimpin. Belum tentu yang
berdekad-dekad menadah kitab itu fakih urusan politik negara, melainkan
fakihnya dia dalam ilmu yang dipelajari.

Dalam membawa misi PAS FOR ALL, pemimpian yang dilantik juga
perlu jelas situasi warga yang menanti dakwah dan risalah Islam.

Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Yang nak didakwah tak dapat, yang dah bersama kita pula lari.

Banyak sungguh teladan seerah rasul yang perlu digali agar pemilihan
pemimpin PAS menepati tugas menyambung risalah dakwah Rasul SAW.