Kerana ALLah

Saturday, February 14, 2009

Maklumbalas Dato' Seri Ir Mohammad Nizar


Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin


Assalamualaikum
Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.

Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

2. 5,000 ekar di Bruas

3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih,oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi
tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan" pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

Sunday, February 8, 2009

kayuh basikal aja MP PAS.. al Fatihah

MP PAS Bukit Gantang meninggal dunia

[DIKEMAS KINI, 1.15 TENGAH HARI] PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pagi ini ketika sedang menunggang basikal.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika dihubungi mengesahkan Roslan meninggal dunia pagi ini.

"Saya dimaklumkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak yang Ahli Parlimen PAS kerusi Bukit Gantang telah meninggal dunia pagi ini, saya difahamkan sakit jantung," kata beliau kepada mStar Online sebentar tadi.

Allahyarham Roslan merupakan Ahli Parlimen kedua yang meninggal dunia selepas bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail dari Barisan Nasional (BN) pada November lalu kerana sakit jantung.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan bulan lalu.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.

Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

Beliau meninggalkan seorang balu, Safiah Harun bersama 11 orang anak.

Thursday, February 5, 2009

Teruskan Perjuangan

Jika boleh diibaratkan sebagai medan perang, anggap aja la apa yang berlaku
di Perak boleh dianggap sebagai kota yang ditawan semula oleh umno.

Dalam pertempuran besar 2008 yang lalu, PAS berjaya menawan 2 kota melayu,
menjadi ketua di kota perak, pasukan bersekutu di kota selangor dan menumpang
di kota penang.

Namun menjadi ketua di kota perak bukan kedudukan kukuh bagi PAS kerana
dikelilingi askar bangsa asing yang tidak Islam. Umpama kedudukan Salahudin Al Ayubi
semasa pertempuran awal di BaitulMaqdis.

Kedudukan Salahudin Al Ayubi goyah apabila tentera arab dan mediteranean yang tinggal
sekitar jordan, syria dan selatan turki berpaling tadah apabila dihambur dengan kemewahan
oleh tentara salib. Pada peringkat ini, kota akka menjadi pangkalan salibiyah menghentam
tentara Islam.

Pengajarannya, Salahuddin al Ayubi kembali ke Mesir dan mengumpul semula kekuatan
dari pasukan Islam yang yakin dengan perjuangan Islam yang sebenar. Bukan lagi menaruh
harap pada golongan bukan Islam dan munafik.

Akhirnya Islam berjaya kembali memegang kembali kota baitulmadqis sejak itu, sehinggalah
muncul kuncu dajjal, mustafa kamal attaturk yang menyerahkan BaitulMaqdis kembali ke
tangan salibiyah.

Maka, Pejuang Islam perlu yakin dan kembali mengumpul kekuatan dengan jalan dakwah
yang bersungguh dan gerakerja yang teratur. Sebagaimana yang selama ini diingatkan,
Kebatilan yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang tidak terancang....

Monday, February 2, 2009

copy paste

sehari dua ni banyak berita menarik. rosli salem tak nak terlepas, jadi copypaste aja la sebagai arkib rujukan persendirian.

titah diraja


Raja perlu tidak memihak, berpartisan dan berkepentingan

03/02/2009 12:15pm

KUALA KANGSAR 3 Feb. — Raja, sebagai Ketua Negeri dan Negara, perlu bersifat tidak memihak, berpartisan dan berkepentingan bagi menjamin berlakunya keadilan di kalangan rakyat, titah Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah.

Titah baginda: “Selaku Ketua Negeri di peringkat negeri dan Ketua Negara di peringkat nasional, Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan (dan) payung penyatuan.

“ Kehadiran Raja membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuhkan institusi-institusi perundangan, eksekutif dan kehakiman yang diwujudkan di negara ini, lantas meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan dan sistem bernegara berteraskan amalan demokrasi, dan berakarkan doktrin pengasingan kuasa,” titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah demikian pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan khas Darjah Kebesaran Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak yang ke 34 di Istana Iskandariah di sini hari ini. - Bernama

petikan sejarah PAS dari tranungkite.net

Sejarah PAS 18: Konsep 'Melayu Raya' Dr Burhanuddin?
Dilulus terbit pada Tuesday, February 03 @ 09:30:00 MYT oleh TokBatin
Artikel Oleh ibnuhasyim

" IBNU HASYIM: Fokus Sejarah PAS Siri 18ADA kalangan pengkaji politik membahagikan kepada 4 bentuk kepimpinan yang dilalui oleh PAS sepanjang beberapa dekad ini.

Pertama
: Kepimpinan ulama tradisi, iaitu zaman Tuan Haji Ahmad Fuad 1951-1953 dan Dr Abbas Alias 1954-1956.

Kedua
: Kepimpinan nasionalis kiri, iaitu zaman Dr Burhanuddin Al-Helmi 1956-1969.

Ketiga: Kepimpinan nasionalis kanan, iaitu zaman kepimpinan Datu8k Asri Haji Muda 1969-1982.

Keempat
: Kepimpinan ulama haraki, bermula dengan Tuan Haji Yusuf Abdullah Ar-Rawi 1982-1989, Ustaz Fadzil Muhammad Noor 1989-2002 dan Haji Abdul Hadi Awang sekarang.

Soalnya sekarang, apakah benar PAS di bawah kepimpinan Dr Burhanuddin adalah kepimpinan nasionalis kiri? Dr Burhanuddin diterima menjadi ahli PAS pada 14 Disember 1956 dan terus menjadi Yang Di Pertua PAS dalam muktamar ke 5 PAS pada 25 Disember 1956 di tengah-tengah amaran dari perwakilan supaya tidak lari dari perjuangan Islam seperti yang termaktub dalam undang-undang tubuh PAS. Beliau menjadi ahli PAS masa itu, di saat PAS merupakan parti pembangkang terkuat. UMNO,MCA dan MIC di dalam PERIKATAN , raja-raja Melayu serta kerajaan British sedang menjalankan usaha-usaha perundingan untuk kemerdekaan Tanah Melayu.

Jadi, persoalan waktu itu, bukanlah persoalan kemerdekaan, tetapi bagaimana corak kemerdekaan yang perlu diisi? PAS melalui Yang Di Pertuanya Dr Burhanuddin mengemukakan alternative terbaik yang sangat sesuai waktu itu, di dalam Muktamar Agung ke 6 pada 24 Ogos 1957, berbunyi:

“… bahawa dasar pokok perjuangan kita ialah kemerdekaan yang penuh: 1..Kebangsaan negeri ini mestilah Melayu. 2..Mestilah diakui bahawa bangsa Melayu adalah tuan punya negeri ini. 3..Untuk membina satu bahasa, satu negara dan satu bangsa yang teguh, hanya diakui bahasa Melayu sahaja jadi bahasa resmi dan bahasa kebangsaan yang tunggal di negeri ini. 4..Islam menjadi agama rasmi dalam ertikata yang betul pada ajaran Al-Quran dan Sunnah nubuwwah. 5..Menentang dasar jus soli diberikan kepada orang yang bukan Bumuputera negeri ini, dan orang yang bukan Melayu yang hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah dengan permintaan yang diluluskan oleh undang-undang yang mengawal keselamatan wujudnya bangsa Melayu dan dicurahkan dengan orang-orang dagang ke negeri ini oleh open door policy.”

Dalam ucapan dasar Muktamar Agung PAS ke 10 di Alor Setar Kedah tahun 1961, beliau menyentuh tentang pembentukan sebuah negara ‘Melayu Raya’ iaitu masalah kenegaraan yang sedang hebat diperbincangkan. Suasana politik tanah air sedang ditumpukan kepada pembentukan sebuah persekutuan negara, lebih besar dari keadaan yang sedia ada pada waktu itu.

Menurut beliau, perkataan ‘Melayu Raya’ sebenarnya bukanlah perkataan yang baru, tetapi ianya telah ditimbulkan oleh tokoh-tokoh perjuangan negara sejak puluhan tahunyang lalu. Cuma bentuknya sahaja yang berlainan. Melayu Raya yang akan dibentuk waktu itu adalah bersifat kecil dan sempit ‘yang amat disetujui oleh penjajah’ dan amat digemari ‘oleh golongan-golongan yang nyata mempunyai kepentingan ekonomi dan politik untuk dirinya sendiri’, ‘didokongi juga oleh golongan ahli-ahli politik dalam negara ini yang tidak menyedari akan bahaya-bahaya besar yang akan timbul daripada yang mereka dokong itu’.

Menurutnya lagi, gagasan Persekutuan Melayu Raya itu hendaklah meliputi seluruh Gugusan Pulau-pulau Melayu termasuk Indonesia dan Filipina. Kerana ‘itulah sahaja yang mampu menyelamatkan Islam, khasnya di Tanah Melayu ini dan umumnya bangsa Melayu Raya, daripada dijadikan sebagai buah dadu permainan politik sahaja oleh lain-lain kuasa yang berkepentingan sendiri’. ‘Itulah sahaja yang boleh menjadikan kita satu umat yang besar, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, berjalan sama gagah dengan yang lain-lain.’

Muktamar Agung Khas diadakan pada bulan Oktober 1961 telah memutuskan sikap atas bentuk negara Melayu Raya yang dipersetujui termasuk Indonesia dan Filipina. Katanya:

Kita tidak dapat mempersetujui konsep Melayu Raya yang sempit hanya melingkungi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Sabah sahaja… akan kita perjuangkan terus menerus dan masalah ini akan saya kemukakan ke dalam Majlis Dewan Rakyat yang bersidang pada bulan Januari ini.”

Muktamar Agung Khas itu juga memutuskan bahawa PAS tidak dapat menerima percantuman dengan Singapura disebabkan oleh keadaan politik yang meliputi Pulau Singapura waktu itu, bukan kerana sejarah, kedudukan geografi atau kebudayaan hidup. ‘Perhitungan politik’ itu ada hubungan dengan dasar besar PAS, iaitu menjaga kepentingan hak kedudukan rakyat negara ini dalam semua langkah dan rancangan politik.

Menurutnya lagi, membutakan mata dari perhitungan politik akan membawa umat ke lembah kehancuran. Seperti yang sedang berlaku dan sama-sama dapat dilihat dengan amalan-amalan kerosakan parti PERIKATAN. Sehingga kini ‘Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi tempat bagi kehancuran umat Islam sendiri di dalam kedudukan politik’. Kataanya lagi:

Menimbang ini semuanya dan menginsafi akibat-akibat yang akan melibatkan keturunan kita pada masa yang akan dating, maka di dalam menghadapi soal percantuman dengan Singapura ini. PAS hanya nampak dengan adanya rancangan negara Melayu Raya yang sungguh-sungguh besar itu sahajalah, hal itu dapat dilakukan dengan baik.

Muktamar Agung ke 11 yang diadakan di Bandar Melaka pada tahun 1962, dalam ucapan dasar PAS beliau mengatakan rasa tidak setujunya samada mereka mengaku atau tidak bahawa langkah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk ‘Malaysia’, ‘telah berpijak di atas kaki orang lain sehingga menyinggung Indonesia’. Ianya mesti dipandang berat dan PAS tidak ingin berlanjutan sebab boleh menguntungkan pihak Inggeris dan Amerika. Boleh jadi Rusia dan China Komunis sedang ketawa kecil melihat ‘kegentingan’ ini.

Perhubungan dengan Filipina juga mungkin tersentuh mengenai Sabah. Paling pahit sekali jika berlakunya tentangan bersenjata terhadap Malaysia secara berlarutan. Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang menyokong penjajahan di Brunei mengatakan bahawa apa yang berlaku di Brunei itu tidak ada hubungannya dengan penubuhan Malaysia, tetapi PAS memandang masalah ini mempunyai hubungan langsung dengan percubaan ‘memaksakan Malaysia’ kepada rakyat Brunei. Dr Burhanuddin juga mengatakan:

PAS telahpun mengatakan tidak setujunya dengan konsep Malaysia Perdana Menteri itu! Kepada Perdana Menteri, kita ingatkan, jangan dipaksa penerimaan Malaysia itu ke atas sesiapapun yang tidak mahu kepadanya, sebabnya akan merupakan suatu kezaliman politik yang mempunyai akibatnya di belakang hari kelak.

Demikianlah pandangan PAS di bawah pimpinan Dr Burhanuddin tentang kebangsaan Melayu dan pengisian kemerdekaan, gagasan Melayu Raya, sikap terhadap percantuman dengan Singapura dan penubuhan ‘Malaysia’. Kita lihat pula sikap PAS terhadap ekonomi dan iktisad.

MB Perak


MB Perak: Surat letak jawatan 2 ADUN memang wujud

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, surat peletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat memang wujud berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Speaker Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.

"Surat itu memang ada dan ia ditujukan kepada Speaker.

"Ini bermakna beliau ada bukti bagi mengatakan yang kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering sememangnya telah kosong.

"Dalam Perak ini, Speaker mempunyai kuasa berhubung hal tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online, semalam.

Berhubung dakwaan Jamaluddin bahawa surat tersebut telah ditandatangani pada 8 Mac lalu oleh beliau dan tujuh ADUN PKR yang lain, Mohammad Nizar berkata, hal itu sepatutnya ditanya kepada Jamaluddin kerana beliau yang menandatangani surat itu.

"Kalau hendak letak jawatan, ia sememangnya memerlukan persetujuan beliau," katanya.

Ditanya sama ada beliau mengetahui tentang penghantaran surat itu, Mohammad Nizar berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya kerana Menteri Besar dan Speaker mempunyai kuasa yang berasingan.

lagi akuan bersumpah

Pemimpin PKR dakwa Najib tawar RM50 juta

IPOH: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Datuk Seri Najib Razak menawarkan wang RM50 juta kepadanya supaya memujuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dari negeri ini melompat ke Barisan Nasional (BN).

Ketua PKR Ipoh, Fauzi Muda, berkata Timbalan Perdana Menteri juga mengatakan terpulang kepada beliau mengagihkan jumlah yang difikirkan wajar untuk Adun berkenaan bertukar parti.

Katanya, pertemuan dilakukan dalam sebuah bilik di kediaman rasmi Najib di Putrajaya pada 11 Mac tahun lalu, iaitu tiga hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

Kenyataannya mengenai pertemuan itu dibuat dalam akuan bersumpah dan satu laporan dibuat di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, cawangan Perak, di sini tengah hari semalam.

"Pada 11 Mac 2008, saya dibawa oleh kenalan saya, Sulaiman ke Kuala Lumpur untuk urusan perniagaan, tetapi tiba di Tol Jalan Duta, saya dibawa berjumpa tiga lelaki dan salah seorang daripadanya ialah Datuk Zainal Abidin Zin, bekas Timbalan Menteri Pertahanan kepada Najib dulu.

"Di situ, beliau memberitahu tujuan sebenar saya dibawa ialah untuk berbincang dengan Najib atas urusan politik. Saya terus dibawa ke Putrajaya, di kediaman Najib.

"Saya dibawa Najib ke bilik khas dan beliau merayu dan meminta saya mengusahakan menarik sekurang-kurangnya dua wakil rakyat dengan janji dia (Najib) bersedia membayar saya RM50 juta," katanya kepada pemberita di Pejabat PKR Perak di sini semalam.

Fauzi berkata, beliau memaklumkan pertemuan itu kepada kepemimpinan PKR dalam satu mesyuarat parti tahun lalu.

Katanya, Najib juga berjanji akan melambat-lambatkan pelantikan Menteri Besar Perak sementara menunggu Adun berkenaan melompat parti.

Beliau berkata, usaha memujuk terus dilakukan selepas Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Mohd Jailu menghadapi tuduhan rasuah.

"Selepas exco Pakatan Rakyat menghadapi tuduhan rasuah, usaha ini terus dilakukan. Ejen beliau berjumpa saya meminta terus berusaha, cuba dekati dan cuba meyakinkan atau merayu dua rakan saya ini supaya 'crossover' (menyeberang ke PN).

"Kalau saya berjaya, mereka berjanji ‘amountnya’ (jumlah wang) RM5 juta setiap Exco. Jawatan Exco tetap diberi dan kes yang sedang mereka hadapi akan pasti digugurkan," katanya.